Ulasan – Intime Sora 2nd Edition IEM

Ulasan – Intime Sora 2nd Edition IEM

Intime adalah sebuah nama branding yang kurang dikenali di tanah air Malaysia. Di Jepun pula, Intime adalah salah satu nama besar yang mengeluarkan earphones yang sangat padu. Pada awal bulan May yang lalu, saya telah mengulas sikit pasal Intime Sora Light 2019 Edition, kali ini saya akan memberi sepatah dua kata untuk SORA 2nd Edition iaitu sebuah lagi SORA yang dihasilkan oleh Intime. Unit kali ini dibekalkan sebagai pinjaman untuk di ulas oleh seorang generous gentleman yang tidak mahu nama dia dinyatakan kat sini. Pihak AudioMonsta mengucapkan ribuan terima kasih pada tuan kerana sentiasa menyokong dan memberi support pada kami. Jom kita tengok apa dia Intime SORA 2 ni.

Specification :

Driver : Hybrid type (Φ10mm dynamic speaker + VST + HDSS(R))

Sensitivity : 102dB/mW

Frequency Response : 20hz-40kHz

Impedance : 22Ω

Cable 3.5mm Stereo Plug (TRS) Oxygen Free Copper

Packaging
Macam biasa packaging Intime memang bukanlah sebuah persembahan yang exclusive. Hadir dalam kotak kertas keras biasa sahaja memang tiada fancy-fancy wrapping dan ini membuatkan pengalaman unboxing yang boring dan mudah. Antara yang dibekalkan dalam kotak adalah :

  • Intime Sora 2
  • Eartips ATE07 Silicone size  S, M-,M dan L (Made by Acoustic Tune)
  • Wire Leather(genuine) Strap
  • SIlicone over ear hook Left dan Right
  • Kertas Manual dalam bahasa Jepun

No photo description available.

Keselesaan & Rekabentuk

Tidak ada banyak beza dari segi rekabentuk kalau nak dibandingkan dengan SORA Light 2019, memang kebanyakkan design earphone Intime semuanya berbentuk bullet type. Tiada logo atau tulisan yang lain selain indicator Left dan Right sahaja pada badan earphone ini. SORA 2 menggunakan badan binaan besi, saya rasa stainless steel dan tiada bahagian yang tajam atau berbahaya, ianya seakan sebiji guli yang boleh ditelan bila-bila masa sahaja. Sesuai untuk dibawa tidur, tiada masalah yang akan menggangu tuan-tuan kalau nak tidur sambil dengar lagu menggunakan SORA 2 ni. Earphone ni agak berat bila pegang di tangan namun ringan dan memang tak pernah rasa berat langsung di dalam telinga sepanjang saya tempoh pemakaian saya selama seminggu. Pada pendapat saya, dengan binaan body yang berat ini adalah sebuah punca untuk mengurangkan penghasilan vibration yang berlebihan. Bukan saja-saja depa habaq okay kali ni kita guna stainless steel. 🙄

Harga dan kat mana boleh beli
Dalam Malaysia boleh beli kat kedai Stars Picker Audio Library yang terletak di Kota Damansara. Untuk pembelian secara online boleh diteruskan tanpa berfikir di link ini : BELI KAT SINI 

Harga yang ditetapkan oleh Stars Picker adalah RM 340 

Harga di website Intime : 6,499 YEN

Sumber Audio & Senarai Lagu
Saya menggunakan sebuah player yang telah ditelan zaman dan unit ini adalah sangat “rare”, iaitu Acoustic Research M200. DAP ini menggunakan AK4490EQ DAC chip dan powerful high-fidelity Class-A amplifier serta dua biji pre-amp Burr-brown OPA2134 yang terbina menghasilkan bunyi yang warm, clean, and articulate bass serta treble. Dan ya, walaupun bunyi dia sedap tapi user interface dia more to HAHA-in-your-face-sucker punya design.

No photo description available.

Berikut adalah lagu-lagu FLAC dalam playlist utama saya :

Paint It Black – The Rolling Stones 24/48

Dear Prudence  – The Beatles (White Album) 24/48

Helter Shelter – The Beatles (White Album) 24/48

Hotel California (2013 Remastered) – Eagles (40th Anniversary Hotel California Expanded Edition) 24/48

I Ain’t The One – Lynyrd Skynyrd (Pronounced Leh-Nerd-Skin-Nerd) 24/48

Raining Blood – Slayer (Reign In Blood) – 24/48

Empire State of Mind – Alicia Keys (VH1 Storyteller 2013) 14/44.1

Joget Kasih Bermula – SM Salim (Koleksi Lagu-Lagu Terbaik) 16/44.1

Termasuk juga beberapa lagu-lagu jepun dan pelbagai albums dalam koleksi saya.

Macam mana dia punya soundstage
Walaupun mempunyai soundstage yang dalam dan tinggi, tapi keluasan stage pada SORA 2 adalah sederhana sahaja.  Cukup-cukup macam mana kita dengar dalam sebuah bilik yang panjang dan kita duduk di tengah-tengah (bukan depan bukan belakang) audience. Untuk lagu Empire State of Mind, saya terasa macam nak angkat sikit kepala untuk dengar lebih jelas (macam dalam live performance). Kita boleh rasa jarak kedudukan antara pendengar dan onstage performer.

Soundstage dalam satu perkataan : Tall

No photo description available.

Macam mana dia punya bass (Low)
SORA 2 menggunakan Hybrid driver konfigurasi, iaitu 10mm graphene-coated dynamic driver dan sebuah Vertical Support Tweeter (VST). Graphene coated memang menjadi bualan apabila menghasilkan sebuah terjemahan spectrum bunyi di bahagian low end. SORA 2 mempunyai sebuah bass yang padat dan tepat, kedengaran agak laid back pada telinga saya. Punchy, fast attack dan short decay. Kuantiti bass yang dihasilkan saya rasa hampir-hampir macam Tin Hifi T2 sahaja iaitu nipis dan cukup-cukup sahaja. Walaubagaimanapun, karakter bass sebegini adalah sangat cantik untuk long listening session. Definitely bukan untuk bass head! Booter army boleh skip iem ni yer.

Bass dalam satu perkataan : Punchy

Macam mana dia punya vokal (Mid)
Mid-range pada SORA 2 adalah sangat-sangat bersih dan jelas. Clarity yang dihasilkan ibarat kita dapat nampak dengan jelas setiap notations yang dimainkan. Untuk lagu yang fast macam Tom Sawyer by Rush, lower mids yang kita boleh dengar memang sangat jelas dan precise untuk setiap bassline dan synth yang dimainkan. Vocal lelaki memang jelas tapi macam ada sedikit kurang tepat. Bergantung pada lagu yang dimainkan, suara lelaki boleh kedengaran jauh atau dekat tapi tidak transparent. Vocal perempuan juga kedengaran macam jauh atau bukan mengadap muka kita, tapi masih kedengaran dengan jelas. Untuk vocal perempuan ni ada sesetengah lagu yang ada sedikit harsh contoh kebanyakkan lagu pop dari kumpulan Trysail dan beberapa lagu Jepun yang lain. Untuk lagu Hotel California, saya dengar bunyi guitars dan instrument lebih jelas dari vocal, tapi memang betul lah sebab “suara utama” untuk lagu ini adalah suara yang dinyanyikan oleh guitar. Untuk lagu Hells Bells by AC/DC, permulaan lagu dengan bunyi ketukan loceng yang bergaung dan saya hampir menangis dengar tone bunyi riff guitar dari Angus Young yang counting untuk masuk the main riff. 😈 Overall saya rasa midrange dia adalah sangat smooth dan terbaik untuk dengar instrument clarity walau lagu tu sangat exciting mahupun relaks.

Midrange dalam satu perkataan : Superb!

Midrange dalam dua perkataan : Superb Smooth!

Macam mana dia punya treble (High)
Intime SORA 2 menggunakan dua jenis teknologi iaitu VST dan HDSS. Jadi apa dia benda ni? HDSS adalah singkatan pada High Defination Sound Standard yang telah di paten kan oleh TBI Audio Systems LLC of the United States. Teknologi ini berkesan untuk mengawal flow of the sound yang ada di dalam chamber atau housing earphone itu sendiri dan menindas/membuang vibration yang tidak balance dan tidak diperlukan. VST adalah singkatan pada Vertical Support Tweeter yang mana ia adalah ceramic driver yang menggunakan Titatium Oxide coating. Untuk menjimatkan masa tuan-tuan, saya simplify jadi bahasa yang mudah sahaja iaitu VST ni diperlukan untuk menghasilkan midrange dan high frequencies yang SELESA dan SEDAP untuk didengar oleh telinga manusia.

Wow, lain macam kan teknologi yang digunakan oleh iem Jepun ni? Jadi apa dan bagaimana hasil dari semua ni untuk treble dan high frequency dia? Telinga saya tak pernah lagi dengar highs yang lagi sedap dari Tin Hifi P1 (planar driver iem) selama ini. Rasa-rasanya kali ni saya jumpa sebuah persembahan treble yang seakan lebih baik dari P1 di SORA 2. Ini adalah kali pertama saya dengar treble di iem yang berbunyi macam ni, jadi saya agak speechless sikit. Treble yang penuh dengan clarity dan sparkles, ada sikit grainy tapi tidak rough. Energetic seakan-akan treble yang dihasilkan oleh plannar headphone. Percikan yang jelas didengari bagai dapat memberi gambaran semasa tengok video live performance. Setiap bunyi hi hat, setiap bunyi cymbal splash, crash atau ketukan snare rimshot yang didengar dapat bagi kita sebuah image yang sangat jelas dan accuracy yang tepat.

Trebel dalam satu perkataan : Sparkle

Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)
One of the best things dalam bunyi dari SORA 2 ini adalah dia punya imaging. Jelas kedengaran perbezaan kiri dan kanan untuk setiap lagu, setiap kali dan setiap instrument yang ada. Walaupun soundstage SORA 2 adalah tall dan narrow, namun pinpoint location untuk setiap instrument adalah sangat terang dan natural. Kalau orang tu dengar dan rasa instrument seperation earphones ni tak bagus, maksud nya telinga dia yang tak bagus ataupun silap pakai eartips.

Seperation dalam satu perkataan : Natural

via GIPHY

Tone bunyi & Persembahan bunyi
SORA 2 hadir dengan tone bunyi yang bright. Pada mulanya saya dengar out of the box rasa macam ada sedikit vshaped tapi selepas burn in dalam 60 jam + saya rasa tone dia adalah bright dengan full emphasis pada high mids dan treble.

Perbandingan
Perbandingan ini menggunakan stock cable dan stock eartips serta masih lagi menggunakan Acoustic Research M200 sebagai audio source.

SORA 2 vs TIN T2 Plus

SORA 2 dapat lebih accesories.

SORA 2 lebih natural imaging / stage / seperations.

Tin T2 Plus lebih warm dan ada more weight dekat low ends.

SORA 2 lebih crisper dan lebih transparent dalam layering.

SORA 2 lebih jelas bunyi upper midrange.

Tin T2 Plus lebih smooth dan relax treble.

SORA 2 lebih banyak detailed.

SORA 2 lebih crips, clean dan clear sound.

SORA 2 lebih treble extension.

Tin T2 ada lebih accurate timbre.

Tin T2 plus lebih organic dan natural sound.

Tin T2 Plus lebih susah nak drive. (perlu more power)

Tin T2 Plus lebih sedap vocal, tone dia lebih accurate macam orang tu nyanyi depan muka, bukan dalam earphone. (Real vocal sound)

SORA 2 lebih tepat bunyi cymbals dan lebih airy sound.

Kalau nak layan music yang relaks dan smooth, saya akan pilih T2 Plus. Contoh dia macam ni, pada bulan ramadan kita dah seharian berpuasa dan kini tiba berbuka puasa dan kita kena pilih untuk minum air, Tin T2 Plus ibarat Air Kosong dan SORA 2 ibarat air Fresh Orange. Boleh bayang tak mana satu kita nak? Overall SORA 2 lebih sound exciting dan aggresive berbanding smooth dan relaxing T2 Plus.

Image may contain: cloud

Untuk Siapa?
SORA 2 sesuai untuk siapa yang teringin dengar apa itu teknologi VST dan HDSS. Paling sesuai sekali untuk treblehead, yes ini adalah iem bawah rm400 yang agak sesuai untuk anda. Tidak sesuai pula untuk siapa yang mempunyai telinga yang sensitive pada bahagian upper mids keatas kerana ianya boleh kedengaran agak harsh dan akan mengakibatkan perkara yang tidak diingini.

Ulasan dan Bintang
Terima kasih pada HDSS, overall tonality pada iem ini dapat memberikan sebuah earphone yang mempunyai tahap resolution dan musical harmony yang baik. Kalau lah kat malaysia ni ada kedai yang menjual dan membekal demo untuk semua jenis earphone dari Intime ni kan bagus, boleh lah ramai lagi orang kita lari sikit dari chi-fi tuned. SORA 2 tidak lain dan tidak bukan lagi adalah sebuah treble oriented earphone yang sangat baik. Oleh itu saya memberikan 5 bintang. Terima kasih pada Stars Picker kerana membekalkan ready stock dalam Malaysia, kini tuan-tuan boleh walk in ke kedai mereka dan mencuba demo beberapa jenis earphone Intime. Jepun memang jarang-jarang menghasilkan produk yang tidak baik, harap-harap satu hari nanti saya dapat ke Jepun dan mencuba semua iems dan headphones yang made or designed in Japan. Harapan saya adalah untuk Intime lebih dikenali oleh pengemar earphone low budget di Malaysia dan hopefully lebih ramai lagi yang dapat appreciate tuning yang selain daripada vshaped. Majulah telinga kita untuk community Audio Monsta.

5 out of 5 stars (5 / 5)

Share with:

Facebook

TwitterGoogleLinkedInReddit


Do NOT follow this link or you will be banned from the site!