Ulasan – Intime Sora Light 2019 Edition IEM

Jepun adalah sebuah negara yang terletak di sebelah barat Lautan Pasifik, di sebelah timur Laut Jepun, dan berjiran dengan Republik Rakyat China, Korea dan Rusia. Selain dari menjadi salah satu negara yang paling rangsang ekonomi, sains dan teknologi, Jepun juga adalah sebuah negara yang mendahului hampir semua negara dalam bidang muzik. Sebut saja Japanese Rock atau Japanese Pop dah boleh bayang presentation music yang pelik-pelik. Memang tidak dinafikan vibe music Japan ni memang ada unik dan identiti yang sendiri.

“High-Resolution = Luxury Oriented”

Intime Acoustic adalah sebuah syarikat pembikinan hi-res earphone yang terletak di Osaka, Japan.

Syarikat ini ditubuhkan oleh Yoshiyuki Watanabe yang dilahirkan dari high class audio generation, a generations of audiophile. Beliau adalah seorang yang serius dan focus, dan dibesarkan dengan hasil bunyian yang dry, warm dan deep yang dihasilkan oleh JBL, salah sebuah headphone kegemaran beliau adalah Yamaha’s NS1000. Harapan Watanabe untuk audio industri adalah untuk menjadi sebuah syarikat audio yang unik dan unggul di dunia high resolution.

“Uniqlo in the High-Res World”

AudioMonsta memperkenalkan Intime Sora Light 2019 Edition, sebuah kotak besi penghasilan bunyi yang kecil dan comel. Clear as the blue sky, pada mulanya saya agak memandang rendah pada iem ni mungkin sebab kurang pengetahuan tentang nama brand tersebut.

Setelah dipinjamkan oleh sifu kita Andrew Han iaitu seorang drifter berasal dari Japan yang menetap di Setapak, pandangan saya telah bertukar ibarat situasi politik negara kita pada awal tahun 2020. Intime Sora Light 2019 adalah pembikinan semula daripada Intime Sora 2018 yang memberi kelainan pada cable dan rangka badan nya. Intime Sora 2018 telah mendapat feedback baik yang gila-gila punya dari pendengar di Japan namun masih terdapat beberapa cons dan  telah diperbaharui dalam version 2019 yang telah dianggap berjaya kerana beberapa kelemahan telah berjaya diperbaiki.

Sora light adalah bersifat wear down cable iaitu dipakai dibahagian depan dan bukanlah bersifat over ear cable yang dipakai dengan cara melilit cable di belakang telinga. Sebagai contoh, antara yang telah diperbaharui adalah cable jacket. Cable yang baru telah menggunakan coating yang lebih licin dan dapat mengurangkan microphobic effect. Kebanyakkan wear down cable iem mempunyai masalah “bunyi sentuhan” ataupun touch noise berbanding over ear cable iem. Amatlah penting sekali untuk menitik beratkan pemilihan cable jika wear down iem anda adalah bersifat detachable. Braided atau cotton cable adalah antara yang kurang terkesan dengan masalah touch noise ataupun microphobic ini. Namun, Sora Light iem adalah bersifat undetachable dan ianya memerlukan custom work jika anda ingin menukar material cable dan plug nya.

Jadi apa yang istimewanya IEM Japan ni?

Sora Light menggunakan teknologi Ceramic Tweeter VST dimana design teknologi ini telah di daftarkan penggunaannya hanya untuk kegunaan Intime Acoustic. Namun, yang digunakan pada Intime Sora Light 2019 adalah entry type of VST kerana harganya yang murah. VST menggunakan dua unit ceramic enjin untuk tujuan menerima the highest peak of frequency ke tahap yang dapat di dengari. VST juga dapat mengurangkan kuasa getaran yang digunakan pada perubahan frequency band kepada jumlah yang minima. Tak mengapa jika anda kurang faham, kerana saya langsung tak faham. hehe Sebagai keputusan, tahap sensitiviti telinga pendengar dapat digunakan sepenuhnya lebih lebih lagi pada bahagian high range dan ini dapat memberikan pengalaman high-resolution sound. Jadi, untuk menerima pengalaman high-resolution dengan hanya menggunakan iem yang murah adalah sangat mind blowing!

Berikut adalah spesifikasi untuk Intime Sora Light 2019 :

Format                                    :   High resolution compatible canal type earphone
Driver                                      :   Hybrid type Φ10mm dynamic speaker + VST
Sound pressure level              :   102 dB / mW
Frequency band                      :   20Hz-40kHz
Impedance                              :   22 Ω
Cable                                       :   3.5mm stereo plug (oxygen-free copper)
Earpiece                                   :   Acoustic tune AET07 (S, M-, M +, L)
Accessories                              :   User’s manual

Harga dan kat mana boleh beli

Intime Sora Light ini agak susah nak dibeli, saya masih belum berkesempatan untuk jumpa iem ni di kedai-kedai audio di sekitar Kuala Lumpur. Pada siapa yang tahu kat mana kedai yang ada jual, sila share yer. Kalau tuan-tuan ada plan nak ke Jepun atau ada kawan/family yang berada di sana, tuan-tuan boleh kirim je suruh diorang tolong belikan. Sekiranya tuan-tuan berminat untuk membeli online, boleh beli melalui link ini >> https://global.rakuten.com/en/store/e-earphone/item/4589711400065/ 

Harga pasaran untuk iem ini adalah RM 166.89 (4100 Yen)

Macam mana dia punya soundstage
Intime Sora dapat mengukir suasana ibarat berada di satu tempat yang gelap dan semua instrument dimainkan dari jarak dekat dari telinga pendengar. Terima kasih pada kesan nyahbunyi atau (noise isolation) yang baik dari eartips asal yang disertakan iaitu Acoustic Tune AET07. Pendengar boleh dapat membayangkan three dimensional sound yang mimic the real life sound. Untuk lagu Don’t Start Now by Dua Lipa, pada chorus kedua kedengaran suara crowd yang tengah sing along serta bersorak dan kita seolah berada bersama-sama crowd tersebut. Contoh lain pula pada lagu Pantun Budi Tan Sri Dato SM Salim dalam album Koleksi Lagu Terbaik 2015, dari awal intro hingga hujung lagu ini dapat dirasakan pendengar berada di kerusi dalam Auditorium Istana Budaya yang suasananya gelap dan hanya stage sahaja yang berlampu terang. Tidak dinafikan pengalaman begini sebenarnya dapat di terjemah pakai oleh iem yang beharga kurang dari RM200.

Soundstage dalam satu perkataan : Sederhana

Macam mana dia punya bass (Low)
Bass adalah highlight utama pada iem ini. Pada saat-saat pertama saya cuba iem ini,  perkataan pertama yang keluar dari mulut saya adalah “Oh bassy rupanya”. Intime Sora Light adalah sebuah iem yang mempunyai ‘bass boost’, tetapi tidak overdone, hanya cukup-cukup sedap ngam jer. Low Frequency yang gemuk dan ketat adalah salah satu kekuatan Sora Light ini. Tiada lebihan bass (bleeding) atau terlalu ‘boomy’ yang akan kedengaran pada iem ini, hanya solid and punchy bass yang akan mengukir senyuman pada pendengar. Sepanjang pencarian earphone selama ni, saya tak pernah jumpa iem yang deliver sub bass yang macam ni pada lagu Seeyaa by DeadMau5. Definasi bass yang sebenar-benarnya selama ini saya dengar di iem yg lain amatlah berbeza dengan apa yang Sora Light ni persembahkan, dan saya rasa ini adalah bunyi bass yang sebenar.

Bass dalam satu perkataan : Solid

Macam mana dia punya vokal (Mid)
Pada bahagian mid-range, iem ini mempersembahkan sebuah bunyi yang sangat bersih dan jelas tanpa sebarang bingit. Suara lelaki mahupun perempuan dapat didengari dengan terang. Contoh pada lagu Elephant – Damien rice, lagu ini dimulakan dengan suara penyanyi lelaki bersama iringan guitar acoustic yang dapat memberikan goosebumps pada permulaan lirik yang dilontarkan. Pada pertengahan lagu pula, jeritan penyanyi lelaki dapat dirasakan sangat lembut walau dilontarkan dengan keras dan kuat sekali. Upper midrange (2k hingga 4kHz) yang sangat “default” tanpa sebarang penambahan atau boost, sangat membantu untuk mendapatkan timbre yang selesa pada telinga.

Midrange dalam satu perkataan : Bersih

Macam mana dia punya treble (High)
Treble pada Sora Light mempunyai extension yang sangat baik, Tindak balas treble yang sangat lembut tapi dapat menghasilkan micro-detail yang terlalu cantik. Treble control di sekitar 5k range mempunyai sedikit scoop dan dapat mengelakkan sebarang ‘harsh’ atau bunyi yang tajam. Erti kata lain, iem ini sesuai untuk pendengar yang mempunyai sensitif di bahagian treble.

High dalam satu perkataan : Hi-Fi

Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)
Sora Light mempunyai stereo image yang bagus. Walaupun soundstage yang airy, kedudukan instrument pada iem ini sangat terang dan nyata akibat dari latar belakang yang hitam dan isolation yang baik. Pada lagu Killing Me Softly with His Song – Roberta Flack, sangat jelas keadaaan kiri dan kanan yang didengari membuatkan imagine lagu ini dipersembahkan dan di imiginasi dengan jelas. Imagine dapat di bayang dengan baik dan mudah kerana iem ini mempunyai lapisan kontra yang mudah dikenal pasti hadapan dan belakang. Walaupun mempunyai bass response yang kuat, midrange masih didengari dengan jelas kesan dari background yang gelap.

Seperation dalam satu perkataan : Luar-biasa

Tone bunyi
Intime Sora Light 2019 adalah sebuah iem dari keluarga warm and relaxing sound. Persembahan sonik yang utama pada iem ini disukat pada kawasan yang berfrekuensi 50Hz – 200Hz iaitu kawasan yang menjadi teras pada sound pada sebuah iem. Disebabkan iem ini mempunyai sedikit bass boost pada bahagian tersebut, membuatkan tona bunyi nya sedikit gemuk dan warm. Saya pasti setiap orang yang mendengar iem ini akan terus mengenal tona nya sebagai bassy dan fun. Sora Light juga adalah salah satu iem yang boleh didengari untuk tempoh masa yang agak panjang tanpa keletihan pada telinga.  Sora Light adalah sebuah earphone yang sangat well-balance secara menyeluruh tanpa mengira pada frequency band yang tertentu.

Tone dalam satu perkataan : Warmth

Perbandingan
Disebabkan Price range dan konfigurasi yang seakan sama, saya berkeputusan untuk membuat perbandingan antara Sora Light dan Tin T2.

Berikut adalah lagu – lagu yang digunakan dalam perbandingan ini.

What’s the Use?Mac Miller (Tidal Master)

Don’t Start NowDua Lipa (Tidal Master)

Dance MonkeyTones and I (Tidal Master)

My Oh MyCamila Cabello , DaBaby (Tidal Hifi)

Dengan mengunakan source dan eartips yang sama, perbandingan antara dua iems ini amat menarik. Sora Light mempunyai bass yang terbaik di antara dua iems tersebut, dan bass T2 pula adalah bersifat linear bass. Dia ada tapi cukup-cukup tiada lebih tiada kurang. Setiap bassline yang dilemparkan masih boleh di rasakan namun pada Sora Light bassline dia dapat sampai ke jantung.

Midrange kedua-dua iems sangat memuaskan. Jelas dan ranggup dan tiada bleeding yang ketara di antara lagu-lagu di atas yang sememangkan perlukan low frequency  yang baik. Jika dibandingkan melalui graph frequency, T2 mempunyai 3k bump yang lebih berbanding Sora Light.

Terima kasih pada treble extension yang cantik pada T2, menjadikan soundstage dia lebih wide berbanding Sora Light. Pada setengah pendengar yang mempunyai treble sensitive, Tin T2 boleh dikatakan mempunyai “hot treble” manakala Sora Light masih mempunyai treble yg just nice dan smooth. Highs frequency pada Sora Light juga more defined dan mempunyai micro-detail yang briliant akan tetapi sentiasa dikawal dengan baik menjadikan ia lebih mudah diterima.

Untuk Siapa?
Ini adalah sebuah iem yang sangat direkomen untuk pelajar-pelajar atau sesiapa yang baru nak mengenali dunia budget audiophile. Untuk yang oldtimer pun boleh juga sekiranya nak mengubah persepsi sifu-sifu semua bahawa budget iem itu adalah benar. Iem ini juga amat direkomen pada yang mencari vocal midrange yang bagus untuk suara wanita. Dan juga sekiranya anda tidak berminat pada design yang mempunyai earhook atau over ear cable, pastinya Sora Light akan melengkapkan koleksi earbud anda.

Packaging

Unit Sora Light yang direview ini adalah set pinjaman hanya untuk direview sepatah dua kata, jadi tiada kotak asal yang diberikan bersama. Mengikut info yang diberikan, iem ini datang dalam kotak yang simple tanpa sebarang bungkusan yang mewah dan menarik. Ianya bersifat “in your face” packaging iaitu hanya earphone, eartips dan cable clip sahaja yang disertakan. Sora Light menggunakan L-Shape 3.5mm plug dan panjangnya adalah kurang dari 1 depa(agak pendek). Persembahan yang menarik hanya lah pada hasil terjemahan bunyinya sahaja dan tiada anything fancy pada kotak yang diberikan.

Ulasan dan Bintang

Saya harus akur dengan teknologi Jepun. Pada harga sebegini, sound quality yang dipersembahkan adalah sangat-sangat complete, dan ini adalah sebuah tarikan utama untuk earphone ini. Amatlah tidak adil jika nak dibandingkan dengan tuning pada syarikat pembikinan iem yang lain untuk harga yang sama. Tin T2 adalah iem terbaik bagi saya untuk sub RM200 selama ini, tapi saya telah uturn untuk memilih Sora Light sebagai juara yang baru. Intime Sora Light adalah earphone yang TIADA blind spot, mempunyai konfigurasi sound spectrum yang baik. Ia bukanlah lawan pada high-end iems, tetapi adalah sebuah champion dalam liganya sendiri. 5 Bintang untuk Awan Jepun ini.

5 out of 5 stars (5 / 5)

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta