Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Tahun ni adalah tahun pertama kita menyambut raya aidifitri dalam keadaan PKPB. Jadi tak ramai yang dapat beraya bersama keluarga dan sahabat lama. Saya pasti ramai yang berkecil hati kerana tak dapat beraya di kampung tahun ini termasuklah ramai kawan-kawan dalam AudioMonsta Community. Jadi untuk mengubat luka dihati, saya belanja sebuah ulasan budget iem yang mampu dan harus milik pada tahun ini!
KBEAR mempunyai beberapa IEM budget yang sangat dikenali luas di pasaran headfi mahupun budget audiophile. Antaranya adalah KBear KB04, yang menggunakan technology dual hybrid driver. Eh bukan ke dah banyak hybrid driver kat pasaran sekarang ni? Apa yang membuatkan KB04 ni ramai orang hype dan puji sangat tu? Jom kita pause, ambil kuih raya di dapur dan makan sambil membaca ulasan pendek kali ni.
KBEAR
Nama brand ni saya dah dengaq hampir setahun lepas bila first time audition KBEAR KB06 di Hill Audio. Melopong mulut saya dengar KB06 (3 Hyrbid Driver) ni punya pukulan, saya pass pula unit tu kat Tom Audiomonsta. Ah sudah dia dengan saya dua-dua orang angguk kepala cakap sedap kbear kb06 ni boleh ngam dgn basshead sebab bass dia berdentum-dentum (fast bass jer tak deep pun). Then lepas tu saya dengar pulak KBEAR Diamond (single dynamic driver), terduduk saya sebab terkejut ada juga brand ntah mana datang dari china ni tuned iem diorang ke arah Harman Target sounding. Dalam hati saya duk menyumpah rugi aku beli Moondrop Kanas Pro dulu, sekarang dah ada KBEAR Diamond untuk sound yang lebih kurang sama je. Sekarang pula, saya telah dipinjamkan oleh Hill Audio sebuah unit KBEAR KB04 fresh out of the box. Excited betul saya nak try diorang punya Dual Hybrid Driver yang telah dituned oleh team yang sama menghasilkan KBEAR Diamond.
First impression saya memang tersenyum sambil mendengaq iem ni for the first time dengan hanya cucuk ke output audio jack smartphone OnePlus 6 dan play lagu dari Spotify dan Tidal. Pada mulanya saya duk rasa macam signature dia nak ke arah w-shape sebab midrange dia agak forward sikit dan bukan laid back sangat untuk sepasang v-shape (saya dah baca review kt internet depa kata v-shaped). Saya pusing banyak-banyak genre lagu pun masih lagi boleh diterima oleh telinga saya ni. Jarang-jarang iem fun sound macam ni saya nak suka sound dia sebab telinga saya lebih minat pada sound yang dark atau neutral. KB04 sangat mudah di drive walaupun menggunakan smartphone biasa. Kawan saya cuba main PUBG kat iphone 5s dia hari tu siap terkejut volume 70 tapi dia dengar macam max volume sebab terlalu kuat katanya. Untuk review kali ni, saya akan menggunakan dap Fiio M11 Pro sebagai source.
SPESIFIKASI KB04
Packaging
Aksesori –
Hasil unboxing experience saya merumuskan bahawa kotak dia adalah straight forward dan simple packaging.
- KB04 earphones
- 0.75mm 2-pin silver plated copper cable (L Shape plug)
- Single flange wide silicone tips (s/m/l)
- Single flange narrow silicone tips (s/m/l)
- Klip Baju
Cable yang disertakan ni kadang-kadang saya suka dan kadang-kadang saya menyampah. Saya suka sebab dia kurang microphobic effect, ada tanda warna pada setiap connection untuk marking left dan right, sebab dia nipis dan berwarna hitam. Menyampah pulak disebabkan iem ni terlalu berat, dan cable dia yang terlalu halus akan menghasilkan simpulan yang sangat-sangat susah nak untangle. Overall, cable ni tak salah, yang salah tu orang yang jaga iem ni sebab tak ikat dan gulung betul-betul. Jadi sila take note ya cable dia senang bersimpul.
Build and Comfort –
Untuk harga yang budget, amat jarang sekali saya jumpa iem yang body dia besi padat yang mcm ni. Build kualiti dia sangat-sangat baik. Cuma besi dia ni adalah fingerprint magnet, memang akan lekat kesan cap jari kt body dia sebab warna yang silver dan berkilat. KB04 ni sangat berat, saya sertakan gambar hasil dari timbangan di atas penimbang yang saya pinjam mak saya duk guna untuk sukat berat tepung sebab baru-baru ni dia guna buat kuih samprit susu. Berat iem ini head unit tanpa cable dan eartips adalah 9 gram per unit. Jadi kedua-dua belah adalah 18g. Agak berat juga la bila compare dengan Moondrop Spaceship +cable + eartips adalah sama berat dengan KB04 head unit only (sila rujuk gambar di bawah)
Iem yang paling kecik pernah saya pakai adalah KZ ZSA, itu paling kecik yg pernah saya pakai dan kali ni saya dah jumpa lagi design dan size yang hampir sama iaitu KB04. Saya pernah buat layan KB04 ni selama 4 jam straight dan tiada kesan sakit telinga atau pun tidak keselesaan. Walaupun body dia besi dan berat, bila pakai di telinga tak rasa berat sangat siap saya boleh headbanging lagi.
Harga dan kat mana boleh beli
Dalam Malaysia ada beberapa kedai local di shopee yang menjual iem ni secara ready stock. Kat bawah ni saya letak direct link untuk tuan-tuan terus add to cart atau terus beli. Selalunya seller ni akan bagi free gift dan postage pun boleh tahan laju kadang-kadang sehari je dah sampai. Wow
Harga di Shopee DigitalJokerMY adalah RM119
Pembelian online di DigitalJokerMY boleh klik link ni : DigitalJokerMY Shopee
Macam mana dia punya soundstage
Untuk sebuah iem yang bertaraf permulaan, mencari budget iem yang mempunyai soundstage yang bagus adalah sangat susah kerana kebanyakkan earphone yang berharga kurang pada RM100 mempunyai sound stage yang agak sempit dan pelik. Tetapi KB04 mempunyai soundstage yang average wide dan mempunyai headroom yang luas tapi masih lacking depth atau kedalaman. Untuk soundstage yang macam ni, kebanyakkan recording vintage dulu-dulu akan dengar sangat luas dan open. Walaupun menggunakan Balance Armature yang murah, tapi masih dapat menghasilkan soundstage yang luas dan saya sangat berpuas hati. Thank You KBEAR!
Soundstage dalam satu perkataan : Wide
Macam mana dia punya bass (Low)
Show me the bass, KB04 adalah sebuah iem yang mempunyai bass yang punchy dan fun. Walaupun kebanyakkan VShaped tuned iem akan mempunyai bass yang boosted seperti beberapa iem dari KZ, tapi model dari KBear ni masih kekalkan bass yang sangat solid! Sub bass juga boleh sampai ke notation yang sangat-sangat low, tapi bukanlah sampai ke tahap true basshead punya deep and rumble. Kepada basshead semua awak jangan happy sangat eh iem ni tak akan dapat puaskan nafsu korang semua. Untuk kebanyakkan lagu, telinga saya ni memang mencari bunyi bass guitar dan kick drum jer, tapi untuk iem ni saya rasa memang effortless sangat-sangat untuk dengar bassline dalam apa jua lagu yang saya pasang. Kalau tuan-tuan ni bassist atau drummer apa lagi angkat je iem ni memang sangat-sangat recommended. Masa saya tengah menulis ulasan ini, tiba-tiba playlist saya terbuka ke lagu Must Get Out by Maroon 5 dan kick drum dalam track ni memang dapat mengejutkan balik mata saya yang mengantuk ni. Ada track yang kita dengar bass macam malu-malu sikit tapi kalau kena betul track yang cun, memang terkejut juga dengan punchy bass dia ni. Erti kata lain, iem ini mempunyai sebuah definasi bass yang baik dari sepasang dynamic driver.
Bass dalam satu perkataan : Punchy
Macam mana dia punya vokal (Mid)
Antara benda yang paling saya risau bila dengaq iem V macam ni adalah midrange. Sebab selalunya midrange akan mcm kosong atau laidback sangat, memang susah saya nak dengaq earphone yang vshape sound sebab saya suka midranges. TETAPI untuk KB04 ni saya suka mid dia yang warm dan ranggup. Tidak terlalu nipis sangat kat telinga saya tapi kalau kita tersalah EQ, memang akan terasa macam harsh sikit. Kalau tuan dengaq macam thin sangat boleh cuba tukar eartips. Lower mids dia memang saya puji sebab walaupun dengaq macam ada bleed tapi still ada tone yang baik. Kegemukkan notes tu boleh terasa, tak rasa macam nipis sangat mids dia. Suara perempuan agak so-so jer takda dengar macam bunyi plastik sangat. Walaupun iem ni dah di tuned sebagai V, tapi saya masih suka dengaq vocals sebab tak terlalu kebelakang sangat sebab upper mids dia memang berada di kedudukan sangat cun. Kalau kita pusing sikit EQ dekat range 2kHz, masih boleh dengaq bunyi macam tong kosong atau berlemak (bergantung kepada tweak kita tambah + atau kurang – dB) dan kalau kita kacau frekuensi 4kHz kat iem ni sangat2 bahaya sebab terlalu harsh sangat bunyi instrument nanti ya tuan-tuan sila jaga jaga part ni jangan laju sangat pusing eq tu hehe. FUN FACT, tahukah anda semua bahawa telinga manusia kita ni sangat sensitive pada range 2kHz ke 4kHz? Range ni adalah penting untuk membentuk timbre utama pada sesebuah iem dan telinga kita sepatutnya akan terus mengenali midrange sesebuah iem itu sebaik sahaja kita mendengarnya.
Mid dalam satu perkataan : Neutral
Macam mana dia punya treble (High)
KB04 mempunyai treble yang sangat energetic dan meriah. Normal untuk sebuah V tuned iem untuk mempunyai highs yang sedikit bright dan aggresive. Pada telinga saya, highs kat iem ni adalah dalam category selesa, berdefinasi sebagai lively tanpa kehadiran harsh dan boleh didengari lebih dari sejam. Track yang saya suka dengar dalam album Songs About Jane by Maroon 5 adalah The Sun (No.6); kat track ni intro dia lagi kita disajikan dengan opening beat oleh drummer Ryan Dusick (saya rasa dia yang main sebab album ni released pada 2002) yang sangat jelas dengan bunyi snare dan kick. Snare walaupun bunyi tak real sangat tapi dia punya attack tu boleh la dirasa lagi. Highs kt iem ni memang memberikan respon yang baik pada EQ dan kalau kita tambah sikit 8k dengan 16k , bunyi snare dan hi hat dah dengaq lebih hidup. Kalau tuan-tuan dengar track yang memang terkenal dengan sibilant, memang akan terasa sangat-sangat kurang selesa. So far saya play menggunakan Fiio M11 Pro, highs memang syahdu mercik dan detail tanpa rasa fatigue walaupun dengar lebih pada sejam. Kalau guna eq sikit dekat high frequencies iem ni mungkin dapat presence yang lebih airy dan open tapi kena jaga-jaga takot nanti terlebih eq boleh hasilkan bunyi hiss yang kuat.
Highs dalam satu perkataan : Lively
Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)
Insrument seperation bagi saya adalah baik. Accurate dan firm. Untuk sebuah iem budget yang mampu milik macam ni saya rasa sangat cun dah imaging dia. Saya telah test mostly pada track The Beatles, left and right panning sangat jelas dan tepat. Contoh pada lagu Back in the U.S.S.R (track No.1) dalam album The Beatles 1968 (atau dikenali oleh old timer sebagai White Album), intro dia akan ada bunyi kapal terbang atau jet perang dulu-dulu duk pusing atas kepala kita dan kalau dengar guna iem yg mempunyai poor seperation memang akan dengar mcm benda tu dekat sangat tapi bila dengar kat KB04 ni macam rasa real aircraft tu pusing atas kepala kita dari jarak jauh. Btw, siapa yang belum pernah dengar lagu ni, boleh check it out kat Spotify atau Tidal atau Youtube sekalipun sebab lagu ni memang banyak background history dia. Paul McCartney memang seorang songwriter yang terbaik bagi saya untuk tempoh masa 100 ke 200 tahun. Oh ya, saya memang die hard fans The Beatles. hehe
Seperation dalam satu perkataan : Sederhana
Tone bunyi
Tone bunyi untuk iem yang mempunyai V sound signature ini adalah sederhana bright, dark adalah jauh sekali. Antara iem V yang saya suka dan pernah menjadi daily driver saya adalah Fidue A83, yang mempunyai sound signature dan tone yang sama. Namun kedua-dua iems ni mempunyai jurang harga yang sangat jauh. 300$ vs 30$.
Tone dalam satu perkataan : Bright
Untuk Siapa?
KB04 sesuai untuk sesiapa saja yang mencari in ear monitor earphone yang tahan lasak sebab kan body dia yang keras dan confirm tak pecah kalau jatuh. Juga sesuai pada yang mencari all rounder iem dengan v-shape yang matang untuk play classical music, pop songs atau rock sounds, kalau budget anda kena dengan harga iem ni sila jangan ragu-ragu lagi. Cuma iem ini tak sesuai untuk basshead sahaja, untuk yang treble sensitive saya masih lagi recommend kerana KB04 bukanlah sebuah iem yang harsh dan fatiguing atau memenatkan telinga.
Ulasan dan Bintang
Kalau KB04 bukanlah sebuah iem budget, saya pasti KBEAR dah dapatkan sticker Hi-Res kat luar kotak iem ni. Kudos kepada KBEAR kerana dapat menghasilkan sebuah iem yang mempunyai fun sound dan sangat-sangat solid dengan harga mampu milik. Semoga KB04 ini dapat membuka mata dan telinga pada individu yang sentiasa stereotype terhadap brand super budget friendly Chifi seperti KBEAR. Kalau tuan puan masih belom yakin, sila cuba KBEAR DIAMOND dan KB04 jika ada peluang nanti. Disebabkan iem ni pada saya adalah pemecah tradisi untuk sub RM150 iem budget chifi di market Malaysia ni, saya akan memberikan 5 bintang dengan tulus dan ikhlas. Harapan saya adalah supaya kita dapat mencuba lebih banyak lagi iem budget yang di luar sana dan semakin hampir untuk menrialisasikan pepatah “Sound Padu Poket Tak Koyak”.
(5 / 5)