Kinera Imperial N o R n – LIVE ONLY FOR HONOR
Kinera NoRn merupakan salah sebuah Universal fit IEM hybrid yang latest dari Kinera. Nama Norn (Nornir) yang diberikan adalah Inspirasi dari Norse Mythology, selain dari ODIN dan Nanna. Iem ini berada di kelas yang tersendiri dengan hasil rekaan luaran & dalaman yang diciptakan khas oleh designer yang bernama Cynthia. Menurut designer genius ini, beliau memilih nama iem ini secara ilham masa mencipta rekaan earphone tersebut.
Norn bukanlah salah seorang dari Norse God, manakala ianya adalah salah seorang daripada 3 adik beradik yang dikenali sebagai Orlog. Mengikut mitos, Norse Gods pun kena patuh pada kebijaksanaan & kekuatan dari Orlog. Dasyat betul. Kalau tengok movie Avengers tu, saya memang minat sangat dengan Thor, rupanya Norn ni lagi kuat dari anak beranak Odin ni. (takde kena mengena MCU dengan Norse Mythology dalam review ni ya 😛 )
Unit Kinera yang berada di tangan saya ini adalah hasil dari pinjaman oleh sahabat/peracun saya iaitu Vincent. Saya difahamkan bahawa unit ini adalah unit simpanan peribadi dan bukanlah unit demo atau loaner.
Terima kasih kepada bro Vincent kerana memberi peluang untuk saya lebih mengenali dengan lebih dalam sebuah hybrid terbaru dari Kinera. Brand ni memang sebuah pengeluar earphone yang sangat kuat dengan hasil seninya dengan seringkali berjaya untuk menghasilkan rekaan earphone yang cantik dan sedap. Good-sounding & Good-Looking 🙂
Apa Yang Best?
- Packaging Cantik
- Hand-Painted Shell
- Hybrid Driver (Guna driver bagus-bagus)
- Cable Cantik (dapat 3.5mm,2.5mm & 4.4mm)
- RINGAN!
- Sound Padu (Clarity & Resolution)
- Soundstage memang level kayangan
- Impactfull bass sesuai untuk basshead
Apa Yang Tak Best?
- Mahal
- High Frequency boleh jadi harsh
- Vocal boleh jadi sibilance
Spesifikasi
Impedance : 32 Ohms.
Sensitivity : 110dB.
Rated Power : 3mW
Distortion : <3%.
Frequency Response Range : 5Hz-40kHz
Cable Length :1.2m
Plug : 2.5mm Balanced
Packaging
Kotak yang saya terima adalah besar dan sedikit berat, macam pegang kotak kasut. Dengan berbentuk hexagon, kotak ini memang antara kotak iem yang terbaik pernah saya unboxing. Kaya dengan persembahan yang expensive & exclusive. Kinera Norn telah membuatkan saya jatuh cinta pada pandang pertama dengan hanya membuka kotaknya sahaja. Terdapat pelbagai aksesori & sebuah booklet yang menceritakan asal usul Norn dalam Norse mythology. Pada siapa yang sukakan sebuah pengalaman koyak kotak yang menarik, this will make you wet!
- Norn Head Units
- 0.78 Silver Plated Copper Cable
- Cleaning Tool
- Silicon Rubber Eartips
- Final E Series Eartips
- Foam Eartips I set
- 2.5mm to 3.5mm adapter
- 2 .5mm to 4.4mm adapter
- Storage Case
- Norn Booklet
- User Manual
- Final E User Manual
Keselesaan & Rekabentuk
Rekabentuk Kinera Norn adalah berbentuk universal fit, ini akan membuatkan earphone ini melekat & memberikan keselesaan untuk masa yang lama. Apabila di telinga, earphone ini tidak akan berasa berat walaupun dengan size yang agak bulky. Keselesaan pada shell yang sebegini amatlah bergantung pada eartips yang sesuai dengan telinga masing-masing. Antara yang mengejutkan saya adalah betapa ringannya in-ear-monitor ini. Tak kira di tangan atau ditelinga, ianya memang sebuah earphone yang ringan. Kalau banding dengan TRN MT1, suka saya nyatakan kat sini bahawa Kinera lebih ringan. 4 Kali ganda ringan dari KBear BE-LIEVE. Macam tak percaya kan?
Pada saya, memory foamtip tidak memberikan secure fit & keselesaan yang memadai sebagaimana saya menggunakan JVC Spiral Dot. Nozzle yang bersize besar dan wide ini agak susah untuk digunakan dengan eartips yang mempunyai size bore yang kecil. Antara tips yang susah dalam proses insertion eartips (boleh, tapi kena paksa) adalah Final E Series, Sony Hybrid & mana-mana silicone yang menggunakan bore yang keras.
Yang paling mudah untuk masuk dalam nozzle Norn ini di antaranya ialah JVC Spiral Dot, Memory Foamtips & KZ Starline (reversed). Pada pengalaman saya, silicone eartips memberikan fit yang sangat secure dan selesa. Saya menggunakan JVC Spiral Dot & Final E Series eartips dalam review ini oleh kerana isolation yang diberikan adalah sangat baik walaupun di persekitaran yang bising.
CABLE yang disertakan dengan Norn ini adalah sangat cantik dan high quality. Material yang digunakan adalah 26AWG coaxial wire dan mempunyai 8 cores cable dimana setiap satunya mengandungi 192 helai silver-plated copper alloy cable. Coating pada cable ini sedikit keras namun tidak lah sekeras contohnya HIllAudio Red-Cosmos cable.
Pada pendapat saya, cable ini adalah cable yang saya mahukan untuk semua iems yang saya ada. Ringan, solid dan cantik. Connection pada cable ini adalah 2-Pin dan termination plug adalah 2.5mm balanced. Tetapi jangan risau kerana Kinera telah menyediakan adapter 2.5mm to 4.4mm & 2.5mm to 3.5mm. Kedua-dua adapter itu juga menggunakan cable SPC yang sama seperti cable stock 2.5mm.
Setiap Plugs yang diberikan juga mempunyai logo brand Kinera yang begitu cantik lantas menambah lagi sifat exclusive pada setiap sentuhan binaan & rekaan earphone ini.
Berikut adalah gambar perbandingan size & binaan di antara Kinera dan RedCosmos :
Harga dan kat mana boleh beli
Harga Kinera Norn pada hari ini adalah : USD 509
Kat mana nak beli? Tuan-tuan boleh membuat pembelian terus di website rasmi Kinera online di sini : TEKAN SINI
Driver Apa Dia Guna?
Earphone yang cantik ini kat dalam dia menggunakan 5 biji driver dengan menggunakan hybrid configuration. Apa benda pulak hybrid tu? Maksud hybrid tu adalah dia macam campuran bunyi dari dua jenis drivers yg berlainan iaitu Dynamic + Balance Armature (1 + 2 + 2). Untuk Kinera Norn, bunyi yang dihasilkan adalah gabungan dari kedua-dua jenis driver tersebut. Lower notes (bass) dihasilkan menggunakan custom micro-dynamic 7mm Titanium plated composite diaphragm + N52 magnet. Coil yang digunakan untuk gerakkan diaphragm ini adalah imported Japanese-made Daikoku pure copper voice coil. Kat sini dah boleh nampak dia punya dynamic driver tu memang dah cukup padu, bukan cikai-cikai punya speaker ye. Midranges pula dihasilkan oleh dua biji Balanced Armature buatan Knowles manakala high frequency pula dibunyikan oleh 2 biji customed Balance Armature oleh Kinera sendiri.
So whats the big deal? Hybrid ke tak apa beza nya? Kat sini selalu ramai kawan-kawan yang baru dalam hobby ni jadi keliru. Antara kelebihan hybrid configuration iem adalah bunyi hybrid boleh bagi kita bass response yang baik sebagai mana didengari pada single dynamic iem. Dengan menggunakan hybrid ni juga, iem akan lebih berpotensi menggeluarkan high frequency extension yang baik, kedudukan instrument yang jelas dan dalam masa yang sama dapat mengimbangi spectrum bunyi mengikut tuning yang telah ditetapkan. Sentiasa ada kelebihan & kekurangan apabila memilih full balance armatures, single dynamic dan hybrid iems.
Fun quiz : Brand apa yang mula-mula menggeluarkan hybrid configuration in-ear-monitor?
*baca sampai habis untuk tahu jawapan
Sumber Audio
Antara yang saya suka dengan iem ini adalah easy to drive. Dengan memiliki sensitivity yang normal, saya tidak mempunyai masalah untuk menggunakan mana-mana dongle type c dan terus mendengarkan Kinera Norn direct dari Tidal/UAPP dalam smartphone saya. Akan tetapi, saya ni seorang yang banyak menhabiskan masa di hadapan dektop pc, oleh itu most of the time sememangnya saya menggunakan iFi Zen Dac.
Dengan menghasilkan sumber yang warm & detail, iFi Zen Dac juga dapat memberikan full potential pada iem hybrids ini dengan menggunakan 4.4mm balance output yang disediakan.
Pada pendapat saya, iem ini sangat source dependent. Saya perlu menggunakan sumber audio yang bersifat warm berbanding bright & agressive sounding. Sebagai contoh, CS-PRO CS43131(single ended) dongle bunyi macam terlalu congested dan bright apabila didengarkan menggunakan Tidal App di smartphone saya. Selain itu, Stoner Acoustics UD130 (single ended) juga menghasilkan sebuah bunyi yang begitu terang & menyakitkan telinga saya apabila dimainkan bersama hybrids iem yang sensitive ini. Banyak lagi dongle serta dac/amp yang saya telah cuba untuk pairing dengan iem yang aggressive ini, akhirnya saya memilih untuk menggunakan Kinera Norn direct dari iFi Zen Dac.
Macam mana dia punya soundstage
Kalau ada orang tanya saya, apa yang paling best kat Kinera Norn ni? Jawapan saya adalah soundstage. Walaupun saya bukan seorang yang mahir dalam dunia headfi portable, jarang jumpa headphone yang dapat memberikan persembahan soundstage yang wide, open dan “expensive”. Ketinggian dan keluasan bunyi iem ni sangat kena dengan preference saya dimana priority playlist saya adalah live performance albums/recording. Walaupun bunyi sedikit wide, instrument placement tidaklah terlalu sukar untuk dikenalpasti oleh kerana depth yang dihasilkan pada saya masih lagi dekat dan just nice. Good height, wide space dan dark background, Norn sememangnya menjanjikan sebuah persembahan yang mahal pada para pendengarnya (bergantung pada sumber audio / source).
Macam mana dia punya bass (Low)
Lower frequency pada iem ini antara yang menarik saya pernah dengar. Walaupun agak mengutamakan bahagian midbass, namun keseluruhan bahagian bass adalah sangat impactful & fast. Terima kasih pada dynamic driver yang digunakan, biarpun bersifat agak laju, akan tetapi masih sangat control dan mempunyai texture yang cantik. Subbass juga berjaya mencapai notasi yang sangat rendah dan mempunyai durasi decay yang sangat memuaskan pada telinga saya (How You Like That ftw!). Mendengarkan lagu-lagu ballad dari Mariah Carey, membuatkan saya dibuai dengan pulse yang diberikan oleh bass guitar dan kick drum.
Memetik pula sebuah lagu dari duo kegemaran saya iaitu Daft Punk. Technologic (MQA), vibration dari bass synths memberikan sebuah foundation yang full textured dan dalam masa yang sama berjaya meluaskan width dalam lagu yang simple dan straight forward ini. Untuk lagu pop seperti Hallucinate – Dua Lipa, intro dengan bunyi bass yang bersifat crescendo ini berjaya membawa saya ke alam lain (bukan ayah pin) serta merta. Kat sini jelas kedengaran dynamic driver yang disertakan ini sangat berjaya untuk mengawal resonance quantiti & quality bass yang diperlukan. Decay pada low notes dalam lagu Killed This Love Japan Version (Tidal) amatlah memuaskan tanpa sedikit pun midbass bleeding yang terhasil, membuatkan saya layan sampai habis semua lagu-lagu BLACKPINK dalam album ni. Thumping bass pada track Don’t Know What To Do bersifat sangat fast, attack dapat didengari dengan good recovery dan decay. Ianya seolah-olah, semua lagu dalam albums yang saya sebut kat sini memang dicipta untuk didengar menggunakan iem yang tuned sebegini. Berbaloi sungguh la kalau macam ni. 😀
Kalau compare dengan FiiO FD5, bass kat FiiO lebih textured dan tight menjadikan karakter dia lebih menarik. Akan tetapi bass pada Kinera lebih full layered membuatkan sound menjadi lebih enjoyable & fun. Thumping lagi kuat kat Kinera, tapi kuantiti lebih sikit bila kat FiiO FD5. Nak focus, dengar FiiO. Nak enjoy music, dengar kat Norn.
Kalau compare dengan Kbear BELIEVE, lower frequency kat iem single dd ini lebih manja dan pemalu sikit. Membuatkan lagu yang kedengaran bassy kat Kinera, rasa macam lebih linear. Kalau suka bass, jangan pilih BELIEVE.
Macam mana dia punya vokal (Mid)
Mid-range adalah sangat crips dan detailed. Tonality pada instrument & vocal ada sedikit nipis, akan tetapi persembahan nyanyian vocal masih lagi jelas. Saya lebih gemar untuk mendengarkan suara wanita berbanding vocal lelaki pada iem ini. Pada telinga saya, suara lelaki tidak dapat digambarkan dengan penuh texture dan body. Oleh kerana mid yang terlalu laid back, ianya telah menghasilkan vocal yang kedengaran polite, relaxed & smooth. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa track yang menghasilkan shouty pada upper-mids contohnya pada lagu Can’t Help Falling In Love -Haley Reinhart (Tidal). Kelantangan suara penyanyi yang seperti Haley akan membuatkan telinga saya hampir berdarah melalui iem ini. Lain pula result bila saya dengar “voice of a generation” Adele menerusi lagu Rolling in the Deep, vocal adalah sangat smooth, natural timbre dan laid back tanpa sebarang shoutiness yang didengari oleh kerana suaranya telah di dominasikan oleh bunyi instruments lain. Jelas kat sini midrange bukanlah kekuatan yang ada pada iem yang cantik dan selesa ini.
Kalau compare dengan BELIEVE, KBear punya vocal lebih effortless. Contohnya, buka volume sikit pun vocal akan dengar jelas dah. Berbanding dengan Kinera, suara perempuan lebih sweet, basah dan organic di KBear. Instruments juga lebih baik dari segi dynamic presence contohnya pada bass guitar, acoustic guitar & beberapa percussion instruments. BELIEVE FTW!!
Macam mana dia punya treble (High)
Seperti yang saya nyatakan di ruangan Sumber Audio, iem ini amat berkesan apabila bertukar source audio. Treble adalah ruang yang paling ketara terkesan apabila bertukar source audio. Pada kali pertama saya mendengarkan iem ini menerusi 3.5mm jack smartphone saya, treble kedengaran sangat-sangat dominant sehinggakan saya tidak dapat menerima langsung bunyi yang dihasilkan. Akan tetapi, harshness itu dapat dihilangkan apabila di dengar menggunakan source yang sikit warm seperti iFi Zen Dac. High frequency yang dihasilkan seperti telah di elevated pada lower treble untuk meningkatkan clarity dan articulation harmonic pada instruments. Clean, bright dan aggressive high frequency ini amatlah membantu untuk menghidupkan keseluruhan lagu dalam album pop Paradox – Isyana Sarasvati. Selain itu, tak lengkap kalau nak dengar pop tanpa lagu dari King of Pop kita iaitu Michael Jackson. Thriller (Single Version -Qobuz Hi-Res) memang terkenal dengan bunyi sibilance dari mula-mula lagu lagi. Dengan menggunakan eartips Final E series, segala “in your face” hi-hat mainan Sugarfoot (Moffett) didengari dengan penuh airy dan rich. Keseluruhan bunyi treble berada di hujung tanduk, kalau eq sikit lagi tambah beberapa dB, pasti akan kedengaran fatigue & sibilance.
Kalau banding dengan KBear, kat sini kita dapat siang dan malam. BELIEVE memang sangat-sangat limited high frequency yang boleh kita dengar. Detail dan sparkles berbeza secara ketara mungkin sebanyak 40% ke 50% bila saya membandingkan KBear dengan Kinera secara A/B. Untuk siapa yang treble sensitive akan lebih suka dengar KBear, dan siapa yang perlukan crispness of trebles (macam kucing bawah ni) dia akan lebih selesa mendengarkan high frequency Kinera Norn yang lebih bersinar-sinar seperti i-Sinar.
Tone bunyi & Persembahan bunyi
Norn adalah sebuah iem yang fun, bright dan detail sounding. Walaupun saya kurang berminat dengan persembahan yang v-shaped ‘ish’ sebegini, namun micro-detail dan resolusi yang di tawarkan oleh iem ini betul-betul dapat buat mulut saya ternganga. “In your face” adalah adalah slogan yang sesuai untuk saya gambarkan bagaimana iem ini berjaya mengeluarkan segala micro-details yang ada di dalam sesebuah FLAC file yang dimainkan. Sesuai dimainkan untuk lagu-lagu pop, rock & rnb. Untuk lagu-lagu instrumental / solo instrument saya rasa macam kurang sesuai oleh kerana tuning yang fun begini seharusnya dimainkan dengan genre muzik yang rancak & groovy.
Untuk Siapa?
Saya selalu nampak persoalan seperti “Sound quality vs Aesthetic?”. Kinera berjaya menjawab persoalan ini dengan terciptanya Norn. Walaupun harga iem ini memang sejujurnya agak mahal, tapi ini adalah sebuah iem yang dapat memberikan kedua-dua sound quality dan aesthetic. Sama ada anda seorang yang mencari audio perfection atau peminat Norse Mythology, Kinera Norn sememangnya harus anda miliki. IEM ini juga sesuai dibeli oleh audio collector yang mencari sebuah hybrid driver iem untuk melengkapkan koleksi ‘mid-tier iem’. Juga sesuai untuk sesiapa yang mahukan ‘money well spent’ dalam setiap pembeliannya. Hampa bayaq mahal, hampa dapat iem yang cantik dimata dan juga mempunyai technicalities yang bagus!
Jawapan Fun Quiz : Kalau tak salah saya, Ultimate Ears adalah brand pertama yang telah mencipta hybrid drivers iem untuk music fans. Sebelum tu, diorg cuma buat custom in ear untuk musician je. Kalau salah tolong betulkan 😀
Ulasan dan Bintang
Sudah terang lagikan bersuluh, Kinera Norn sememangnya sebuah hasil seni yang bagus. Ya, walaupun dengan harga yang sebegini saya masih lagi rasa ianya memadai. Dari pengalaman koyak kotak yang bersifat exclusive, aksesori yang pelbagai, kualiti binaan yang cemerlang hingga ke sound performance yang mahal, pada pendapat saya Kinera Norn sangat layak diangkat menjadi sebuah iem yang dimimpi-mimpikan oleh para peminat headfi. Tahniah kepada Kinera di atas penghasilan sebuah vshaped iem yang mempunyai combo transparency, resolution dan clarity yang telinga saya cari-cari selama ini. Walaubagaimanapun, treble brightness yang sedikit harsh pada Kinera Norn menjadi sebab kenapa saya memberikan 4 bintang pada iem cantik tersebut. Terima kasih kepada sahabat saya Vincent kerana sudi memberi peluang untuk saya berkongsi pendapat peribadi terhadap produk Kinera ini.
(4 / 5)