Ulasan – Moondrop Spaceship Micro Driver Budget King (Sponsored by Hill Audio – MY)

“MOONDROP seek none from snake oils, but stick to technologies that make practical differences to make ourselves a unique star in Chinese audio industry”

Perkenalan ringkas MOONDROP 

Syarikat ini telah dibina pada tahun 2015 oleh sekumpulan jurutera audio di China. Bermula dengan hanya mencipta open earbud design yang digemari ramai dan kini telah mempunyai beberapa design premium in-ear-monitor yang berada sebaris dengan nama-nama besar. Moondrop kini berjaya menghasilkan beberapa siri product bermula dengan budget, pertengahan dan premium. MOONDROP mempunyai misi untuk sentiasa menghasilkan product yang berprestasi selaras dengan teknologi dan material semasa.

Pada ulasan hari ini, saya berpeluang untuk mengisi ruang #stayathome semasa PKP ini untuk menulis pendapat saya tentang sebuah product budget dari Moondrop iaitu Spaceship. Unit saya telah di taja oleh Hill Audio dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada tauke kerana macam tahu-tahu je saya tengah free untuk mencuba iem yang baru.

Sesi mendengar iem underrated ini gunakan source dari Tidal Hifi di laptop saya yang mana telah disambungkan pada usb Trasam Q1 Hifi Dac yang juga disertakan oleh Hill Audio. Dac ini menggunakan chip AKM4452 dan menyokong sehingga 24bit 192khz PCM HiRes, sekiranya tuan-tuan nak laptop atau iphone/android bertukar menjadi HiRes device, boleh beli dac ni pada harga RM129 di shopee Hill Audio. Trasam Q1 juga mempunyai kuasa amplifier dengan terbina papan elektronik MAX97220 yang berupaya untuk memberikan kuasa sebanyak 130mW pada 16Ohm dan ini adalah sama seperti 4 kali ganda kuasa output dari purata smartphone output.

Link untuk membeli Trasam Q1 Hifi Dac : Hill Audio – MY Shopee

Speksifikasi IEM :

Product Name: SPACESHIP
Impedance: 16Ω±15%
Wire: 4 N Litz oxygen free copper
Frequency response range: 20-40KHz
Plug: 3.5mm Line Type
Effective frequency response: 20-20KHZ
Quality control range: ±1.5dB
Sensitivity: 104dB@1kHz
Transducer: 6mm

List lagu yang saya guna untuk menghasilkan buah fikiran pada review kali ini adalah semua track dalam album The Look of Love (released 2001) by Diana Krall yang diiringi oleh London Symphony Orchestra. Termasuk juga beberapa lagu favourite saya di Spotify (sila rujuk gambar)

Harga dan kat mana boleh beli

Untuk produk Moondrop, kini tuan-tuan boleh membeli terus di shopee atau boleh walk-in ke kedai audio seperti Starspicker atau Hill Audio. Spaceship mempunyai versi dengan mic dan tanpa mic, tuan-tuan boleh pm dulu seller-seller di malaysia sebelum walk-in atau klik Buy Now. Earphone comel ini dijual pada harga RM 76 di kedai shopee Hill Audio

Link untuk pembelian Moondrop SPACESHIP : Hill Audio – MY Shopee

Hill Audio adalah local authorised Moondrop brand reseller. Dapatkan jaminan warranty selama 6 bulan untuk setiap earphone bergantung kepada Terma dan Syarat.

Packaging

Kotak iem ini sangat comel dengan gambar anime sebagai muka depan. Unboxing experience sangat-sangat teruja sebab kotak yang sangat cantik dengan disertakan beg kain warna hitam yang berlogo Moondrop. Eartips silicone yang disertakan adalah 2 pasang bersaiz Medium, sepasang bersize Large dan Small.

Build & Comfort

Earphone ini diperbuat dari chrome-plated brass dan binaannya sangat solid. Bentuk dia sebiji macam hair dryer yang dikecilkan guna lampu mengecil Doraemon. Iem ni adalah sejenis yang boleh dipakai masa tidur, sangat-sangat selesa dan tak rasa macam pakai earphone langsung disebabkan size dia yang kecil. Tidak mempunyai chin slider, material pada plug, mic dan Y-Splitter (ada tulisan Moondrop) adalah besi. Cable dia adalah bersifat undetachable dan tiada masalah senang berbelit-belit. Tapi bila dah wayar dia tercabut atau terputus memang terus dah consider rosak dan kena beli iem baru sebab tak boleh replace cable. Earphone ni telah di reka secara ergonomic untuk pemakaian secara semi-deep wearing.  Memandangkan cara pakai dia macam tu, dengan menggunakan eartips yang sesuai akan dapat memberikan kesan yang baik pada noise isolation dan bass extension.

Macam mana dia punya soundstage
Iem besi kecil ni mempunyai soundstage yang sempit pada telinga saya oleh kerana kekurangan jarak kedalaman (depth) dan hanya mempunyai kelebaran (width) yang sederhana besar. Dimensi ruang bunyi pada iem ini bagus, kerana panning kiri dan kanannya adalah tepat. Saya telah terlibat dalam orkestra sejak berumur 14 tahun dan telah berpegalaman berada di dalam barisan musician untuk pop orkestra, guitar ensemble, chamber orkestra dan malah berpeluang berada di symphony orkestra. (tengok prektis jer)  Apa yang saya rasakan ada pada persembahan soundstage Spaceship ini adalah ibarat berada dalam satu kumpulan muzik di bilik atau stage untuk 30 ke 50 orang. Ianya lebar dan sempit kerana penuh dengan bunyi-bunyi dari jarak dekat yang mengisi ruang tersebut. Kalau lagu yang mempunyai 5 atau 4 alat muzik akan kedengaran selesa dan kalau lebih pada 5 instrument akan kedengaran crowded.

Soundstage dalam satu perkataan : Wide

Macam mana dia punya bass (Low)

Definasi bass pada Spaceship sangat-sangat controlled dan hanya bersifat punchy pada masa-masa tertentu. Sub-bass adalah sangat rolled off. Boomy dan deep bass tapi dalam kuantiti yang sedikit terbatas namun mempunyai kualiti yang bagus. Tapi pada pendapat saya, ini adalah bass yang sangat sedap untuk konfigurasi pada sepasang mikro driver. Mid bass ada sedikit punch dan bleeding ke mid-range menjadikan timbre yang sedap. Bunyi upright bass boleh dirasa dengan jelas cuba kurang impak sahaja. Saya suka bunyi kick-drum di iem ini kerana sangat-sangat ketat dan ada punch (yang comel) yang boleh dirasa. Sebagai contoh untuk lagu Cry Me a River by Diana Krall, notasi upright bass pada intro lagu sangat memberi impak yang besar dan deep. Untuk kebanyakkan lagu rock, bassline akan kedengaran dengan sangat jelas dan sebiji-sebiji. Keseluruhannya bass pada Spaceship ini adalah deep, cuma ibarat tuan-tuan kecilkan volume hanya untuk bass sahaja dan jarak bass dengan telinga tuan-tuan adalah jauh. Dia ada, tapi tak cukup. Jika tuan-tuan hanya minat bunyi bass yang besar n punchy, sila berhuhu dan skip sahaja iem ini.

Bass dalam satu perkataan : Laidback

Macam mana dia punya vokal (Mid)
Mids adalah large dan rich. Spektrum bunyi pada bahagian lower mids telah bercampur dengan mid bass atas sedikit kebocoran dan ini membuatkan midrange dia sangat jelas antara lower mids dan upper mids. Vocal adalah forward dan mempunyai kuantiti yang mencukupi, sangat jelas dan transparent. Bunyi piano adalah jackpot, get ready takot-takot termain “invisible piano” nanti kalau tengah dengar iem Spaceship. Suara penyanyi perempuan ibarat terlalu depan depan muka. Bila dengar lagu Shallow by Lady Gaga, meremang bulu roma masa dia hit the chorus. Upper mids mempunyai details serta clarity yang cukup dan clear, namun kadang-kadang akan terlalu harsh untuk beberapa track bergantung pada vocal range penyanyi. Pada intro lagu comethru by Jeremy Zucker, bunyi petikan jari yang mengiringi tempo adalah sangat thick dan ini membuktikan mid dia paduuu! Overall bunyi instrument dan vocal sangat jelas dan ranggup, saya sangat-sangat puas hati dan confirm akan beli iem ini untuk join dalam koleksi iem yang mempunyai bunyi vocal yang baik.

Midrange dalam satu perkataan : Clear

Macam mana dia punya treble (High)
Treble pada kapal angkasa ini adalah lembut dan mempunyai clarity di tahap average. Saya tiada masalah langsung untuk dengar lagu-lagu yang ada sibilant sebelum ni. Disebabkan trebel dia yang lembut, bunyi conga dalam lagu Ruang Rindu by Letto pada minit 2:02 dengar sangat2 syahdu dan berangin-angin. Bunyi guitar acoustic pada intro lagu Shallow by Lady Gaga and Bradley Cooper rasa sangat wide dan mempunyai decay yang sederhana. Dalam lingkungan harga sub RM100, iem ni memang betul-betul melangkaui jangkaan saya dan put a shame pada iem lain yang mempunyai good energy tapi terlalu overdone treble ke tahap sehingga memberikan ear fatigue dan harsh sound.

High dalam satu perkataan : Smooth

Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)
Moondrop Spaceship mempunyai wide soundstage tapi sentiasa kedengaran terlalu penuh dengan instrument. Jadi bagi saya untuk instrument seperation sangat-sangat lemah. Erti kata yang lain, ibarat semua instrument berada di depan muka. Lapisan bunyian amat sukar untuk dikenal pasti atas sebab lack of depth.

Seperation dalam satu perkataan : Poor

Tone bunyi
Moondrop sekali lagi mencipta sebuah iem yang bertonasi mengikut Harman target. Sound spectrum yang balance dan bagi saya lebih berbaloi dari KZ/CCA/TRN dalam harga yang sebegini. Pada pendapat saya, tone yang neutral macam ni sangat senang untuk menguji kelebihan sound pada portable dac atau amp kerana mempunyai response yang sangat jelas. Untungnya bila menggunakan iem yang neutral ini adalah bila mendengar pada volume yang tinggi pun masih lagi balance dan tiada peak pada mana-mana frequency. Hampir berbulan-bulan dah saya tak dengar iem yang mempunyai signature V atau selain dari neutral. Telinga saya dah bersih dari segala coloured sound hehe.

Tone dalam satu perkataan : Neutral

Untuk Siapa?
Iem yang bersifat murah dan neutral ni sesuai untuk telinga yang nak kan sound yang relaks dan untuk dengar jangka masa lama. Spaceship adalah peneman tidur yang sangat sesuai dan paling efektif, jadi siapa yang nak cari iem untuk end of the day boleh sangat-sangat consider earphone ni. Iem Moondrop ini juga sangat sesuai untuk dijadikan sebagai easy to go earphone dan pastinya menjadi pilihan pada yang sentiasa traveling kesana kesini.  Siapa yang teringin nak beli earphone budget yang natural sounding atau mana-mana earphone yang ikut Harman target, kalau budget tuan-tuan agak kecil boleh terus click Buy Now di shopee.

Ulasan dan Bintang

Untuk harga kurang dari RM100, iem ini adalah yang terbaik dalam kelas mid centric dan mempunyai vocal yang baik. Pastinya iem berbentuk seperti hair dryer ini akan menjadi backup iem yang sentiasa berada di dalam beg bekerja saya setiap hari. Terima kasih pada Hill Audio kerana sentiasa menjadi yang terbaik sebagai pembekal earphone di Malaysia. Teruskan bawa lebih banyak lagi matured sounding brand seperti Moondrop. Disebabkan earphone ni dah jadi daily driver saya siang dan malam selama seminggu, saya bagi 4 bintang. Kenapa bukan 5 bintang? Oh ya sebab cable dia bukan lah bersifat detachable, saya memang risau kalau-kalau tengah pakai dan accidentally tertarik sekali je dah putus cable nanti. Pada tuan-tuan yang berminat, elok lah terus click add to cart iem Spaceship ni, sebab tak banyak reseller yang menjual brand ni dan kalau dah habis stock nanti lambat nak tunggu seller restock.

4 out of 5 stars (4 / 5)

 

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta