Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Kali ni aku akan memberi sedikit ulasan untuk DAC/AMP yang pada aku tak berapa famous di malaysia iaitu RHA DACAMP L1. Persoalannya adakah ianya berbaloi untuk memiliki DAC/AMP ni?, macam mana tone bunyi nya?. Aku harap ulasan yang aku beri ni dapat menjawab soalan yang selalu diajukan oleh para Audiophile.
Ok dibawah aku sertakan spesifikasi dari laman web RHA sendiri.
Fungsi dan Spec
Berikut adalah beberapa ciri yang dirujuk dari laman web RHA:
- High-Resolution Audio yang disahkan sendiri oleh Japan Audio Society.
- Dual ESS SABRE32 ES9018K2M digital-to-analogue converters and class A/B amplifiers,.
- The Dacamp L1 mempunyai konfigurasi litar yang seimbang, sokongan untuk format audio sehingga 384kHz/32bit PCM dan Quad DSD.
- Kawalan Bass, Treble dan Gain tersendiri.
- serasi dengan sistem pengoperasian Telefon pintar yang terkemuka (Android 4.0+ dengan OTG) dan juga iOS.
- The Dacamp L1 mudah diintegrasikan ke dalam sistem operasi Linux, Windows dan Mac.
- Memuatkan 4000mAh lithium ion battery, Dacamp L1 boleh drive headphones dari 12 – 600 ohms sehingga 10 jam jika guna 3.5mm headphone out dan 4-pin mini XLR connections.
- Boleh dijadikan powerbank.
Harga dan kat mana boleh beli
RHA DACAMP L1 ini berharga RM1899.00 dan korang hanya boleh membuat pembelian di Lazada atau Shopee. Aku dah cuba cari DAC ni di kedai-kedai audio sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang memang tiada.
Tone bunyi
Tone bunyi pada RHA DACAMP L1 ni pada aku dia kearah U shaped sound signature, aku dapati sub-bass dan treble dekat dac ni agak tinggi sikit. RHA DACAMP L1 ni memang aku gunakan dekat laptop sahaja. Untuk menguji Dac ni aku menggunakan IEM Audio Technice im50 dan pada aku bunyi yang keluar memang sangat balanced dan bersih. Yang menarik pada Dac ni adalah bass dan treble korang boleh control ikut sedap halwa telinga masing-masing dan ia menjadikan tone bunyi dari Dac ni lagi menarik, sweet dan musical.
Perbandingan
Sebelum aku dapat RHA DACAMP L1 ni, aku pernah cuba Fiio Q5. Perbandingan dari segi bunyi memang aku pilih RHA DACAMP L1, sebab bunyi dari Dac ni sangat bersih dan balanced. Fiio Q5 pada aku, tone bunyi memang menarik dan ke arah V shaped.
Untuk Siapa?
RHA DACAMP L1 ni sesuai untuk orang yang suka tone bunyi balanced,bersih dan fungsi yang simple. Tanda harga RHA DACAMP L1 ni agak tinggi pada aku, nasihat aku sebelum membuat pembelian cari sesiapa rakan yang memiliki Dac ni cuba dulu sehingga korang betul-betul puas hati.
Packaging
Disini aku sertakan gambar packaging RHA DACAMP L1 untuk tatapan korang.
Ulasan dan Bintang
Pada aku RHA DACAMP L1 punya build quality memang bagus, tone bunyi yang sangat bagus pada aku dan paling menarik hardware tone control ni memang membuat kan aku rasa Dac dari RHA dibuat untuk aku. 4 bintang aku bagi dekat Dac ni, kenapa bukan 5? sebab harga mahal DEMMIT!. Terima kasih kerana sudi luangkan masa baca review aku kali ini.
(4 / 5)