Ulasan – SMSL iDEA Mini Hi-fi Audio Portable USB DAC SABRE9018Q2C USB DSD512 32bit/768kHz

S.M.S.L iDEA portable DAC + headphone amp adalah dari ShuangMuSanLin Electronics, syarikat dari Shenzhen China. S.M.S.L specialized dalam pembuatan audio dac, stereo headphone amplifier dan juga power amplifier. S.M.S.L juga telah membina rangkaian jualan 33 bandar di dalam negeri dan juga menubuhkan rakan kongsi strategik dengan Japan,Britain, Germany, Portugal, Singapore dan lain-lain negara. Produk mereka telah dieksport hampir 30 negara di seluruh dunia dan sangat berpuas hati oleh pelanggan mereka.

Mereka mengikut peraturan “quality-based, technology-guidance, customer central”, tegas melaksanakan Electronics industrt rules (EICC), dan lulus CCC, BQB, MFi, CE, FCC, RoH5, CE-EMC, CE-LVD dan WEEE certification. Mereka juga mempunyai 10 jurutera yang berpengalaman dalam bidang pembuatan barang audio dan mereka juga mempunyai pengurusan yang professional bagi memastikan produk mereka berkualiti dan berfungsi dengan baik.

Fungsi dan Spec

  • DAC ESS SABRE : ES9018Q2C
  • USB XMOS : XCore200 XU208
  • THD+N : 0.0011%
  • Signal-to-noise ratio : 108dB
  • Dynamic range: 121dB
  • Impedance range: 16 – 300 Ohm
  • Headphone amplifier: 35.8mW (32Ohm) / 31.6mW (64 Ohm)
  • Supported sampling rates: Up to 32Bit / 384kHz
  • DSD support: DSD64 / DSD128 / DSD256 / DSD512
  • Integrated ultra-low noise LDO power supply
  • Hi-Res Audio certified, by the Japan Audio Society

S.M.S.L iDEA boleh digunakan pada smartphone (android), PC/Laptop (Windows/linux), Nintendo Switch dan juga MacOS. Malangnya ia tidak berfungsi di iPhone (iOS). S.M.S.L iDEA portable DAC menyokong format yang lebih banyak sehingga mencapai 768 kHz dalam PCM dan DSD 512. S.M.S.L iDEA portable DAC + headphone amp didatangi dengan tiga warna iaitu kelabu,hitam dan merah.

Harga dan kat mana boleh beli
Anda boleh membuat pembelian S.M.S.L iDEA portable DAC di laman web official S.M.S.L dengan harga sekitar RM350. Mengikut pemerhatian kami, tiada local seller yang menjual S.M.S.L iDEA portable DAC ini dan unit kami ini adalah uni terakhir dari HillAudio.

Tone bunyi
Untuk tone bunyi pada S.M.S.L iDEA portable DAC ini, hampir sama dengan tone bunyi yang dihasilkan dari Hiby R3. Di  mana tone bunyi yang bersih, seimbang dan sungguh natural. Dengan cip ES9018Q2C ini, S.M.S.L iDEA portable DAC mampu membawa headphone dan IEM yang impendance range yang tinggi. Apa yang membuatkan S.M.S.L iDEA portable DAC ini menarik ialah fungsi volume control di DAC dan size ia sangat mudah untuk dibawa kemana-mana.

Perbandingan
Untuk perbandingan, kami tidak dapat menyediakan perbandingan yang setara. Tetapi anda semua boleh rujuk link perbandingan dari Audio Science Review, dimana S.M.S.L berentap dengan DragonFly DAC. Link : Audio Science Review.

Untuk Siapa?
S.M.S.L iDEA portable DAC + headphone amp sesuai untuk semua pengguna yang baru terjun ke dunia audiophile dimana harga untuk DAC ini sangat berpatutan dan ia juga menghasilkan tone bunyi yang kami rasa semua pengguna boleh terima.

Packaging
Kami sertakan gambar packaging S.M.S.L iDEA portable DAC + headphone amp dari official website mereka dan unit kami review dibawah, dimana unit review kami tidak mempunyai kotak hanya pouch bag,usb micro dan DAC sahaja. Terima kasih kepada Zamri, salah seorang ahli setia AudioMonsta yang telah bagi kami peluang untuk review DAC ini.

Ulasan dan Bintang
S.M.S.L iDEA portable DAC + headphone amp adalah DAC yang minimal dan berkuasa tinggi, tone bunyi yang bagus dan mudah dibawa kemana2 bagi pengguna yang mengutamakan portable devices dalam kehidupan seharian. Dengan mudah AudioMonsta bagi 5 bintang pada S.M.S.L iDEA portable DAC + headphone amp. Terima kasih kerana meluangkan masa anda membaca ulasan ini, stay safe, stay home guys. Enjoy your audio equipment at home. Kita mesti menang memerangi wabak Covid-19, terima kasih sekali lagi.

5 out of 5 stars (5 / 5)

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta