Ulasan – Tin Hifi P1

“Macam mana bunyi dia eh?”

Soalan yang bermain dalam kepala saya pada mula nampak pengenalan dari Tin Hifi mengenai P1. Sebuah iem pertama dalam series P untuk Tin Hifi / Tin Audio. Sejak pada mula bermain Chifi dan budget audio ni, saya memang betul-betul melekat dengan sound yang diterjemah oleh Tin T2. Hampir beberapa jam membelek dah buat perbandingan antara Tin T2, T2 Pro, dan T3. Yang melekat hanyalah T2 pada telinga saya yang marhaen ini. Baru-baru ni saya telah memenangi Lucky Draw yang telah dianjurkan oleh Tin Hifi melalui facebook. Dah lama nak beli Tin P1, memang ada hikmah saya tak pernah tekan Buy Now untuk iem ni, rupanya nak menang Lucky Draw. Ramai yang tanya berbaloi ke beli P1 ni? Dengar kata perlukan power synergy yang melampau? Kalau nak tau, sila baca sampai habis.

Planar Magnetic

Ini bukanlah sebuah penulisan untuk membandingkan Planar Magnetic dan Dynamic Headphone contohnya, jadi saya tak akan membuat perbandingan antara keduanya. Sebagai pengenalan, planar magnetic adalah sebuah teknologi yang mengguna pakai campuran daripada operational principles yang ada pada dynamic dan electrostatic headphone. Dalam bahasa mudah faham, magnet yang digunakan telah dikonfigurasi untuk bergerak dengan kadar yang laju dan berfungsi sebagai getaran yang menghasilkan audio. Dengan mencampurkan prinsip operasi kedua-dua teknologi ini, planar magnetic boleh di bentuk dengan design yang lebih kecil, murah dan dapat memberikan sound yang lebih baik dari dynamic speaker/headphone yang lain.

Tin P1 Planar Magnetic

Walaupun planar driver ni kebanyakan hanya diguna oleh headphone dan speaker, namun masih terdapat banyak iem yang turut menggunakan teknologi yang sama. Contohnya Audeze LCD-i3, Audeze iSine, Shuoer Tape, RHA CL2 (bluetooth planar iem yang pertama) dan lain-lain. Tin P1 adalah sebuah iem planar yang dikategorikan sebagai budget friendly. Setelah Tin Hifi berjaya menrealisasikan impian para budget audio seluruh dunia, semakin banyak pula iem planar yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat pesaing ibarat bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Tak dinafikan Tin P1 ni sememangnya “Hujan” yang lebat.

PRODUCT SPECIFICATIONS
Model: Tin HiFi P1
Driver: 10 mm planar diaphragm
Impedance: 20 Ω ± 15%
Sensitivity: 96 ± 3 dB
Frequency range: 10 Hz – 40 kHz
Rated power: 5 mW
Max power: 10 mW
Max distortion: 1 dB
Interface: Gold-plated MMCX connector
Cable length: 1.2 m (3.9 inches)

Yes, betul tu. Walaupun impedance dia hanyalah 20Ω, namun dia perlukan driving power ibarat Sennheiser HD600 yang mempunyai impedance 300 ohms. (SPOILER) Ini adalah perkara utama yang menjadi masalah pada sebilangan pendengar budget audio. Tin P1 ni sangat dahagakan power, jadi tuan-tuan perlu ada high impedance dac atau amp.

Packaging

Kotak yang disertakan adalah sangat elegant dan hensem dengan kotak besar hitam yang dibuka seperti kotak pizza atau macam kotak beli jam tangan yang mahal. Presentation yang macam ini sememangnya dapat memberikan persepsi dan kesan yang baik untuk dunia penggemar budget headfi. Flip top pouch yang leather like skin (kulit original ke?) sebegini memang memberikan pengalaman yang eksklusif dalam unboxing experience.

Aksesori –

✔️Silicone eartips S/M/L

-Wide Bore

-Small Bore

✔️Memory Foamtips

-Large Size

-Small Size

✔️Flip Top Leather Pouch

✔️5N OFC MMCX Cable

Cable pada Tin P1 mempunyai preform earhook over ear, Y splitter dan chin slider. Pada saya, cable yang disertakan kali ini adalah major upgrade dari Tin T2/T2 Pro mahupun Tin T3 (ugly cable).

Build and Comfort –

Tin P1 dicipta ibarat sebuah tank. Housing body menggunakan besi yang berat dan solid. Bila tengok iem ni, boleh rasa body dia akan kekal a lifetime, confirm tak pecah ni. Walaupun material dia besi, tapi iem ni hanya berat bila kita pegang dan bila dipakai ditelinga tak rasa berat langsung, memang rasa selesa. Saya pernah one day pakai sambil menulis di laptop hingga hampir 3 jam tanpa rasa sakit dan kurang selesa. Fit dia sangat selesa, saya menggunakan eartips dari Spinfit iaitu CP145. Mungkin sebab body dia kecil dan padat, jadi kita tak rasa sangat bila dia berada di telinga jika nak compare to contohnya Moondrop Kanas Pro yang saya hanya boleh pakai maximum 1 jam.

Harga dan kat mana boleh beli
Kalau tuan-tuan berada dalam Malaysia tanah ayaq tercinta, boleh beli melalui dua cara iaitu online dan walk in. Saya nasihatkan untuk iem seperti Tin P1 ni tuan-tuan kena eloknya audition dulu sebelum click Buy Now. Jadi pada yang berada di kawasan Utara semenanjung boleh cuba cari facebook Hill Audio dan buat appointment dengan dia dan dia memang one of trusted and cute seller. Untuk yang berada di kawasan lembah klang boleh pergi ke Red Ape Trading untuk walk in dan test dulu ya.

Harga di Shopee Hill Audio adalah RM719

Harga di Shopee RedApe adalah RM625

Pembelian online di HillAudio boleh klik link ni : https://shopee.com.my/product/6548893/2329271968?smtt=0.0.9 

Pembelian online di RedApe boleh klik link ni : https://shopee.com.my/TINHIFI-Tin-Audio-P1-Planar-Magnetic-Earphones-(Tin-Hifi)-i.65895521.2706548671

Macam mana dia punya soundstage

Dukacitanya, soundstage pada P1 ni tidak seluas Tin T2. Walaupun high frequency dan trebel dia memang level dewa, tapi saya kecewa sebab stage dia tak luas. Akan tetapi, depth dia saya boleh rasa ibarat music tu dimainkan bukan dari jarak dekat and its a good things sebab akan mudah untuk kita menerima kedudukan instruments sekeliling. Pada first impression, soundstage dia ni sebenarnya pelik. Saya tak rasa ini adalah soundstage yang natural dan original. Contoh pada lagu On The Run by Pink Floyd (Album The Dark Side of The Moon 1973), bunyi kapal angkasa tu rasa betul-betul bergerak tepi telinga dan pusing keatas dan kebawah. Banyak lagi benda yang tak pernah dengar di iem lain akan kedengaran kat dalam iem ni. P1 menggunakan driver mini planar magnetic, dan dia masih lagi sebuah planar. Driver planar ni memang superb sebab getaran dia dihasilkan dengan kelajuan cahaya 😆

Soundstage dalam satu perkataan : Deep

Macam mana dia punya bass (Low)
Ini adalah sangat penting, bass pada P1 bagi saya adalah baik. Lebih baik dari bass yang dihasilkan oleh sepupunya iaitu Tin T2. ( Planar vs Dynamic ? ) Low end pada iem ini adalah baik, dia memang bunyi macam planar punya bass dan tiada langsung sama dengan character bunyi bass dari dynamic driver. Kesinambungan bass berada di kadar yang mencukupi dan subbass hanya di kadar yang sederhana tidak bermakna tuan-tuan tak dapat rasa fizikal bass tersebut. Walau saya play mana-mana lagu Bruno Mars dan Boney M pun tak dapat bagi saya keinginan rasa nak menari. Tekstur bass yang lembut macam ni memang tak sesuai pada pengemar bass. Sub bass yang dibunyikan adalah sangat-sangat lemah. Sekiranya anda seorang basshead, sila skip iem ini.

Bass dalam satu perkataan : Neutral

Macam mana dia punya vokal (Mid)
Saya adalah seorang penggemar mids. Perjalanan saya mencari earphone yang mempunyai vocal paling ngam telah ditamatkan dengan kedatangan Tin P1. Ya tuan-tuan, mids di P1 adalah yang paling baik pernah saya dengar. Vocal yang sangat forward dan center due to elevated upper midrange adalah goosebumps maker bagi saya. Damien Rice, Ed Sheeran, Chris Cornell, Alicia Keys, Hayley Williams dan Adele adalah mainan harian saya dan kedua-dua vocal penyanyi lelaki dan perempuan dapat di suarakan dengan cukup warmness dan sweetness tanpa sibilant. Bunyi piano dalam Someone Like You – Adele, sangat2 game changer bagi saya. Feeling guitar solo pada akhir lagu Free Bird by Lynyrd-Skynyrd (Album Pronounced ‘Lĕh-‘nérd ‘Skin-‘nérd) memang boleh buat rasa macam keluar dari amp yang vintage (70’s) tu sendiri terus ke telinga. Saya tahu ramai yang akan kata mids dia agak sedikit off timbre, tapi dia tetap ada character yang baik dan ini adalah jackpot bagi saya. Kalau tuan-tuan ada yang memang vocal-oriented lover, boleh cuba dengar Tin P1!

Mid dalam satu perkataan : Clear

Macam mana dia punya treble (High)
Kat sini baru kekuatan yang ada pada Tin Hifi P1. Saya adalah seorang pelajar jurusan muzik di Fakulti Muzik Uitm Shah Alam, banyak juga masa saya habiskan dalam studio dan beberapa kali juga masa terbuang kadang-kadang tertido dalam studio atau baring atas piano (harap tiada pensyarah uitm yang baca). Rakan sebilik saya dulu adalah seorang drummer, tak kira masa saya tidur atau tengah belajar dia akan prektis all the times drum set dalam bilik (yes sekarang dah jadi drummer tahap international). Percaya lah bahawa bunyi drum cymbal ni sangat susah nak diterjemah kembali dalam sesebuah iem. Kenapa susah pulak? Habis selama ni kita dengar bunyi piring drum tu apa? Ya memang kita dengar bunyi tu kat mana-mana iem, tapi tiada yang sejelas dan accurate bunyinya macam yang dapat didengari pada Tin P1. Highs adalah sangat jelas dan tiada grainy atau bunyi pasir. Totally memang well done. “Ni memang bunyi treble Planar” – kata seorang audiophile  yang power ( sebab muka dia sangat nerd ) masa saya jumpa dia dekat Starspicker hari tu. Ya memang tak dinafikan ini adalah benda terbaik yang tuan-tuan bayar pada P1 ni. Airy dan laju, berkilau-kilau dia punya trebel tapi langsung takda rasa ear fatigue walau dengar dalam masa yang panjang. Boleh rasa extension trebel yang sangat clear dengan texture dia yang kasar pada permukaan dan di akhiri dengan kelembutan. Kalau tuan-tuan nak cari apa itu clarity dan detail, cari saja kedai atau link yang jual Tin Hifi P1 dan tuan-tuan dah sampai di hujung pencarian. 😎

Highs dalam satu perkataan : Sparkly

Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)
Speed and clarity. Lebih baik getaran, lebih baik hasil bunyi. Sebuah lagu yang saya suka test kalau nak check instrument seperation ni adalah lagu Strobe by Deadmau5, lagu ni berdurasi lebih 10 minit dan ia adalah masterpiece of electronic music.  Ya walaupun saya rock, tapi saya layan semua muzik asalkan sedap. Pernah dengar deadmau5 ? Lepas ni jom kita google tengok studio dia yang berharga ratusan juta ringgit. Dalam lagu ni terdapat beberapa lapisan berlainan dan kalau guna dynamic earphone contohnya Moondrop Starfield (CNT Diaghram) memang akan rasa sub bass sebesar kereta berada di bawah kaki dan semua bunyi lain datang dari speaker yang digantung di atas dan kita berada di dalam bilik yang berpusing. Tapi pada P1 pulak akan rasa macam ada beberapa lapisan yang jelas ibarat dikelilingi beberapa hifi speaker dan setiap satunya deliver lain-lain frequency dengan precise and accurate. Setiap bunyi goncangan (saya taktahu bunyi apa yang deadmau5 buat tu) dan melody dari synthesizer sangat jelas dan disebabkan depth P1 ni sangat no limit, kita boleh rasa macam tengah berada dalam mesin masa Doraemon yang bergerak kedepan dengan sangat laju.  Untuk lagu Papa Was A Rolling Stone by Lee Ritenour (Album Overtime), memang betul-betul boleh dengar lapisan setiap instrument dan dapat di imiginasi dengan jelas lebih-lebih lagi antara bunyi petikan bass yang gemuk dan warm dari Anthony Jackson dan guitar touch dari Mr Ritenour himself. Kedua-dua bass dan guitar berada di hadapan dan bunyi drum berada di kiri dan kanan kearah belakang kita. Tin Hifi P1 memang memberikan sebuah pementasan yang terbaik untuk both electronic music mahupun pop.

Seperation dalam satu perkataan : Jelas

Tone bunyi
Pada saya, P1 mempunyai sebuah intonsasi suara yang unik iaitu neutral kearah bright. Namun kalau under-powered, sound dia akan jadi lebih pelik. Sila pastikan earphone ni dikuasakan oleh headphone amplifier yang sesuai untuk mendapatkan tone yang sebenar. Saya cuba menggunakan beberapa amp iaitu Schiict Lyr Hybrid, Nuforce HA200 dan JDS Labs Objective 2. Ianya masih lagi bright tapi background sound dan tona bunyi P1 berubah dengan jelas mengikut amp yang digunakan dalam satu masa. Jangan sesekali menggunakan earphone ini direct ke smartphone sebab tuan-tuan akan dapat result yang mengecewakan.

Tone dalam satu perkataan : Bright

Perbandingan

Moondrop Starfield Carbon Nanotube Diaphragm vs Tin Hifi P1 Planar Magnetic 

Masing-masing mempunyai soundsig yang berbeza. P1 lebih engaging and aggressive sound manakala starfield adalah sebuah iem yang laidback dan relaks syahdu merdu. Imaging pada P1 lebih menarik berbanding Starfield kerana background pada P1 lebih luas dan gelap sedangkan Starfield mempunyai surrounding sound yang seperti semua instrument berada di dalam satu bilik yg sederhana besar. Bass response lebih baik pada starfield oleh kerana mempunyai CNT Diaphragm yang cukup padu, mempunyai sub bass yang lebih deep dan punchy adalah satu kelainan yang ketara. Walaupun bass nya agak laidback tapi definasi bass yang dilontarkan sangat berbeza berbanding fast and sloppy bass yang ada pada P1. Highs dan midrange saya masih memilih P1 over Starfield tapi saya agak tertarik dengan vocal pada starfield kerana bersifat sangat natural dan ranggup berbanding P1 yang sangat smooth dan forward. All rounder saya pilih Starfield over P1 oleh kerana playlists saya terdapat banyak lagu yang berlainan genre. Untuk serious listening saya akan memilh Tin P1 all the way!

Untuk Siapa?

Tin Hifi P1 mempunyai keunikkan yang tersendiri dan soundsig yang lain dari yang lain. Iem ini sesuai untuk sesiapa yang mengetahui apa yang dia cari dan mempunyai pengalaman dalam dunia audio. Jika anda seorang newbie dan terus menjadikan P1 sebagai iem yang pertama, mungkin sedikit sebanyak mengubah pandangan anda terhadap dunia chifi mahupun brand Tin Hifi itu sendiri. Iem comel dan powerful ini juga amat sesuai pada tuan-tuan yang ingin mencuba sound signature yang lain. Mungkin dah penat layan neutral sound dan vshaped all rounder pada headphone dan iem yang dah sedia ada, boleh cuba sound “pelik” dari Tin Hifi P1. Kalau tuan-tuan baru lepas beli headphone amplifier sama ada portable atau desktop, boleh cuba pairing dengan iem planar ini untuk test power! Akhir sekali, iem ini untuk penggemar-penggemar planar magnetic di luar sana, jika dah penuh headphone planar di almari rumah tu, mustahil tak teringin nak beli P1 untuk tambah dalam Planar Collection kan?

Ulasan dan Bintang
Adakah Tin P1 sangat-sangat berbaloi dengan hype train yang kecoh diluar sana? Bagi saya ia adalah sebuah iem yang mempunyai potential dan kekuatan tersendiri. Perkara utama sekali adalah power. Planar iem yang pertama dari Tin Hifi ni bukan earphone yang kita boleh bawa sebagai light portable easy go to earphone macam iem yang lain-lain. Kalau nak bawa juga iem ni dengar dalam train atau bus, kena ada portable headphone amplifier dan buka high gain. Ini adalah perlu! Pada saya iem ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai koleksi kerana ianya bukanlah sebuah daily driver untuk orang yang macam saya. Walaupun selepas ni banyak lagi product dari Tin Hifi, P1 tetap berada di kelasnya yang tersendiri dan saya tak mungkin lupa akan first impression bila mula mendengar kehebatan suara unik iem planar ini.

4 out of 5 stars (4 / 5)

 

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta