Ulasan – Tin Hifi T2 Plus

Tin HiFI merupakan satu jenama daripada Linsoul , Linsoul telah membuat keputusan untuk menceburi bidang Hifi bermula pada tahun 2017 mereka memasuki pasaran global HiFi , Berasal dari tanah besar negara China . Tin HiFi juga telah mengeluarkan beberapa produk sebelum ini , kat bawah ni antara produk Tin HiFi yang sebelum ini  :

Tin HiFi T1 (12.5mm Dynamic Driver)

Tin HiFi T2 (10mm+6mm Dual Dynamic Driver)

Tin HiFi T2 Pro (10mm+6mm Dual Dynamic Driver)

Tin HiFi T3 (10mm Dynamic Driver + 1 Knowle’s BA)

Tin HiFi P1 (10mm Planar Magnetic)

Tin HiFi T4 (10mm CNT Dynamic Driver)

Tin HiFi T2 Plus , Sebelum ini kita sedia maklum yang Tin HiFi T2 merupakan sebuah iem dengan tuning yang paling dekat dengan neutral , tetapi kini hadirnya Tin HiFi T2 plus , Ni lah apa yang sepatutnya apa Tin HiFi buat , T2 Plus ni betul betul sound upgraded iem ke arah neutral .

Dekat sini juga saya listkan semua spesifikasi official Tin T2 Plus :

Driver Unit : 10mm Dynamic Driver

Sensitivity : 104±3bBdB @1K HzV 0.126V

Frequency response : 10-20KHz

Impedance : 32Ω±15%

Rated Power : 3mW

Max Power : 5mW

Max Distortion : 1% @1k Hz 0.126V

Interface : Gold-Plated MMCX connector

Plug : 3.5mm black carbon multi dimensional plug

Conductor/cable : 1.25m (22/0.06AS Silver-plated Enameled+200D Kevlar)*4,TSS PVC cable

Housing colour : Stainless steel

Packaging

Packaging untuk Tin T2 Plus ni sama dengan base model T2 , sangat sangat simple , apa yang ada dalam kotak ? :

– 1x pair driver unit

– 1x cable Silver Plated Copper(SPC) 8core dengan connector mmcx dan pin 3.5mm .

– 1x pair foam eartip

– 6x pair silicone eartip

– 1x manual guide

– 1x confirmation card

Keselesaan & Rekabentuk

untuk reka bentuk kali ni , T2 plus sangat sangat berbeza untuk model yang sebelum ni , kalau sebelum ni T2 ada masalah nak fit dan selesa dekat sesetengah telinga , tapi T2 Plus memang dah upgrade habis , sangat selesa bila pakai , shape dia pun memang dah direka untuk fit majoriti bentuk telinga ataupun dalam bahasa inggeris dia universal shape .

Harga dan kat mana boleh beli

Retail dalam lingkungan bawah  RM 200 , boleh boleh beli di sini : Hill Audio

Sumber Audio & Senarai Lagu

Saya menggunakan DAC Trasam Q1 dan disambungkan ke Laptop dan Iphone 11 Pro Max sebagai source , ni antara playlist yang saya guna semasa test :

  1. Judas Priest – Metal Meltdown , Tidal.
  2. Adele – When We Were Young , Tidal.
  3. Adele – Set Fire To The Rain Live , 16 bit FLAC.
  4. Breaking Benjamin – Closed To Heaven , Tidal Masters.
  5. Muse – Exo Politics , Tidal Masters.
  6. Eluveitie – Inis Mona , Tidal.
  7. Jorn Lande/Russel Allen – In The Hands Of Time , Tidal.
  8. Bloodbound – Nosferatu , Tidal.
  9. Neil Young – Rockin’ In The Free World , Tidal.
  10. Hans Zimmer – No TIme For Caution(OST Interstellar) , Tidal Masters.
  11. Bullet For My Valantine – Waking The Demon , Tidal.

Macam mana dia punya soundstage
Soundstage yang sederhana luas tapi cukup untuk kita rasa studio recording tu agak luas  , tidak terlalu airy dan memiliki sedikit depth . Jika kita dengar live music , seperti kita duduk betul betul depan stage , semua crowd yang lain berada dibelakang kita .

Macam mana dia punya bass (Low)
Sub Bass : Sub Bass yang roll off

Mid Bass : Mempunyai Mid bass yang laju dan tidak ovedoned .

Macam mana dia punya vokal (Mid)
Mid Range : mempunyai midrange yang nicely tuned .

Untuk vokal lelaki : saya menggunakan lagu Judas Priest – Metal Meltdown  sebagai sampel , walaupun vokal yang agressive , tetapi T2 Plus dapat perform yang amat baik dengan tak jadi harsh langsung tone dia .

Untuk vokal wanita : Apabila saya mendengar lagu Adele – When We Were Young , ketika di chorus dia , saya rasa goosebump terus . sebab kali ni rasa suara high note Adele tu macam berlemak , sangat sangat puas dengar , memang padu lah T2 plus ni drive .

Macam mana dia punya treble (High)
Treble pada T2 Plus ni dia sedikit warm , tapi tidak menjejaskan apa apa detail , untuk long session listening memang sangat sesuai , telinga tak letih dan saya tak perasan sebarang sibilance pada T2 Plus . Berbeza dengan model T2 yang mempunyai high  yang agak agressive .

Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)
T2 plus mempunyai instruments saperation yang sangat tepat dan jelas , sama seperti model awal T2 .

Tone bunyi & Persembahan bunyi
Untuk tone T2 Plus ni lebih kepada warm neutral dan balanced , berbeza sedikit dari T2 boleh dikatakan sedikit bright .

Perbandingan
saya membandingkan dengan model awal T2 , T2 Plus ni berbeza temperature dia lebih warm neutral daripada T2 , boleh dikatakan T2 plus ni tuning dia sangat lah cantik , subbass yang roll off daripada T2 , treble sedikit warm daripada T2 . satu yang saya suka T2 Plus ni dia boleh buat daripada nak layan satu lagu , tiba-tiba boleh habis satu album  , dia boleh buat semua lagu jadi sedap .

Untuk Siapa?
untuk seseorang yang sukakan closed to neutral sound , yang tidak sukakan low dan high yang overdoned , iem ni adalah untuk anda , jangan ragu-ragu lagi untuk memilikinya .

Ulasan dan Bintang
Kesimpulannya , Tin T2 Plus kali ini adalah penghasilan yang terbaik dalam barisan iem Tin HiFi sebelum ini , ini baru betul betul yang dikatakan upgrade .

rating saya untuk iem ini 5 bintang.

5 out of 5 stars (5 / 5)

Penulis Ulasan : Siraj Munir Rosley (Moon)

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta