Tri Audio adalah syarikat audio yang bernaung dibawah syarikat audio bernama KBEAR. Penghasilan i3 dari Tri Audio menunjukkan kematangan bunyi bagi pengeluar dari China menjadikan ianya saingan diantara pengeluar iem kelas premium.
Spesifikasi
Brand: TRI
Model: I3
Transducer principle: Hybrid Triple driver
Transducer spec: 10mm planar magnetic driver + 8mm dynamic driver + custom BA driver
Frequency range: 20hz – 40khz
Impedance: 15 Ohm
Sensitivity: 103db
Connector type: MMCX
Plug type: 3.5mm TRS
Cable length: 1.2M
Packaging
TRI i3 hadir dengan rekaan kotak serba hitam dan minimal. Pada permukaan kotak hanya terpapar logo TRI. Di dalamnya terdapat beberapa aksesori yang disertakan seperti :
- 1 Kabel 4 core twisted cooper
- Sepasang mirror alike iem (sememangnya wow)
- 6 pasang pelbagai saiz silicon dan sepasang foam tips
- 1 beg pouch yang texture agak menarik dah nampak premium
Keselesaan & Rekabentuk
Dari segi fizikal iem ini antara iem yang bersaiz besar dan berat. Untuk pengalaman saya, sememangnya ia akan menghadapi masalah pemakaian seperti yang saya hadapi ketika mencuba iem dari satu brand terkenal satu ketika dulu. Untuk masalah ini saya padankan tips bersaiz S/M hybrid dari Sony.
Dari segi rekabentuk pula ia sememangnya gorgeous. Abam terasa hensem bila pakai. Sememangnya satu iem yang solid. Unit yang saya terima ini tiada menunjukkan sebarang defect dari kilang.
ISOLATION
Kedapan adalah perkara yang penting bagi saya. Berhadapan dangan suasana kerja yang agak bising, TRI I3 masih mampu mempunyai kedapan yang baik. Bagi pandangan saya 50% volume dari samartphone sudah mencukupi untuk suasana bising sekitar 80 ke 85 db dan yang paling penting eartips yg betul untuk pastikan kedudukan yang sempurna.
Harga dan kat mana boleh beli
Harga TRI I3 – Planar Magnetic Triple Driver Hybrid HIFI IEM pada hari saya menulis ulasan ini adalah : RM719.00
Kat mana nak beli? Tuan-tuan boleh membuat pembelian online di HILL AUDIO – MY dan klik link ini : TRI I3 – Planar Magnetic Triple Driver Hybrid HIFI IEM
Macam mana dia punya bass (Low)
Bernadikan dari ZX300 dan firmware mrWalkman dmp-300 FE sememangnya padanan yang memberikan warna dan keseimbangan yang baik diantara setiap frequency. Berberapa aspek yang menonjol dari i3 ini dapat didengari terutama sekali di bahagian bass. Sememangnya i3 ini mengutamakan bahagian awal dari frequency 30-150hz. Bagi saya bahagian ini membuktikan sama ada ia mempunyai karektor quantity vs quality. Lagu seperti Jatuh Cinta dari Jaclyn Victor membuktikan dimana i3 berjaya menunjukan tekstur bass dari kick drum serta bass line yg bersih serta pantas. Bagi kawasan sub-bass saya ambil dari playlist Lah Ahmad iaitu dari lagu Dendang Abah. Kebanyakkan iem yang saya mainkan lagu tersebut kurang berjaya dari note sub-bass yang pertama. Pergerakkan dari dynamic driver bass selalunya mempunyai masalah bass bleed dan pergerakkan perlahan dari frequency 20-30hz sub-bass ini membuatkan gangguan dan menutupi ke enakkan note dari piano pada permulaan lagu. Untuk i3 ini meskipun ia mempunyai kuantiti bass yang boleh dikatakan banyak dan hampir bleed ke frekuensi mid-bass namun quality yang dihujahkan agak baik. Getaran dan pantunan angin dari dynamic driver sangat memuaskan hati. Track Master Tidal dari album George Duke After Hour iaitu It’s On paling memuaskan saya kerana kawalan lows yang paling saya suka..seketul seketul gitu.
Bass track
Macam mana dia punya vokal (Mid)
Kawasan lower-mid boleh dikatakan bernas dan kemas. Tekstur bagi monophonic suara dan tekstur tebal dari piano .Tulus dari track Langit Abu Abu sangat menyentuh jiwa. Bagi seseorang yang sukakan alunan suara tebal bagi pendapat saya i3 memang sangat sesuai. Walau bagaimanapun suara lelaki agak kebelakang sedikit. Bagi suara wanita boleh dikatakan licin bak sutera. Alunan suara dari album 40 Days The Wailin’ Jennys iaitu dari track Arlington tak dinafikan memang sempurna. Bagi sesebuah iem,saya paling risaukan 2k peak kerana risaukan metallic voice terjadi. Untuk suara Amy Winehouse pada track You sent Me Flying/ Cherry yang agak halus tidak hadir sebarang suara tajam yang boleh memecahkan gegendang saya. SYUKUR. Upper-mid lebih menyerlah kerana frekuensi paling tinggi dalam bacaan FR. Dari penelitian saya seperti didalam track Reach Out dari George Duke permulaan lagu dimulakan dangan tiupan trumpet sememangnya agak nipis dengan kata lain bole berdengung tajam. Nak kejutkan anak bangun pagi memang amat sesuai hahaha. Bunyi snare drum agak tumpul kerana mid bole dikatakan kebelakang sedikit jd kadang-kala ketukan snare itu macam sampai tak sampai. Tp memandangkan sy lebih cenderung muzik yang agak perlahan dan smooth saya beri peluang pembaca yang lain untuk menilai. #kenebelibarutahu hehehe
Mid track
Macam mana dia punya treble (High)
Treble bagi iem ini agak selamat, smooth dan relax kadang-kadang splash ibarat malu-malu. Tiada sebarang sibilance yang boleh membuatkan telinga saya penat. Kebiasaannya bila waktu rehat kerja lebih kurang 4-5 jam tiada rasa sakit telinga atau penat. Saya boleh katakan treble extension agak baik TETAPI boleh menyebabkan ketirisan detail pada lagu.
Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)
Keluasan stereo imaging bagi tri i3 ini bagi saya agak luas dan tinggi. Saya boleh bayangkan alunan lagu diluar telinga saya. Kedudukan penyanyi serta kedudukan pemain muzik boleh dibayangkan dengan jelas. Paling menarik minat saya apabila mendengar rakaman siaran langsung di istana budaya oleh Jamal Abdillah iaituSeniman Menangis. Tepukan penonton kedengaran seperti saya sendiri berada di tengah- tengah penonton yang hadir. Serius memang mengujakan. Kepada penggemar muzik yang sukakan volume yang tinggi, pendapat saya i3 ini boleh berubah signature bunyi dan boleh menyebabkan i3 menjadi bukan diri dia. Maksimum had yang boleh saya katakan pada zx300 ini ialah pada kadar 80db dari 120db balanced.
Track
Tone bunyi & Persembahan bunyi
Antara kelebihan bagi i3 dari Tri berbanding iem-iem yang pernah saya dengar ialah ia tidak memerlukan power output lebihan dari amplifier mahupun dari DAP. Plug n Play terus dari smartphone sudah pun memadai untuk mendapatkan tone signature yang di persembahkan. Dengan sub-bass focus warmer di keseluruhan spektrum dibekalkan dengan lantunan warmth vocal serta detail treble smooth selamat untuk di dengar dengan jangka masa yang lama pasti mengagumkan para peminat audio.
Untuk Siapa?
Secara keseluruhan ianya adalah iem yang warmer dengan treble yang selamat untuk endurance listener serta sub-bass focus. Ianya senang dimainkan walaupun menggunakan telefon pintar. Jadi tiada alasan untuk tidak memiliki iem yang baik seperti ini. Penggemar lagu Fast Beat,Pop, RNB, Jazz, Country mahu pun Nasyid amatlah sesuai bagi iem ini. Untuk lagu Rock boleh mencuba tetapi saya masih berpendapat ade kekurangan di bahagian drum.
Ulasan dan Bintang
Penghasilan sebuah iem Tri-brid dari TRI audio ini sememangnya boleh membuka tumpuan peminat audio. Dengan nilai kuantiti yang lebih kepada bass target audience pasti akan lebih luas. Ucapan terima kasih kepada HILL AUDIO – MY dengan membekalkan kami di AudioMonsta dengan iem yang “MENAWAN” membolehkan kami membuat ulasan ringkas untuk membantu mendapatkan gambaran awal kepada para umum. Untuk harga yang ditawarkan dengan kualiti yang baik saya percaya pelaburan anda pasti bertahan dalam tempoh yang lama TETAPI mestilah mengawal nafsu membeli terutamanya pada masa ekonomi yang tidak stabil ini. Percayalah PENCARIAN TIDAK MUNGKIN BERAKHIR. Good luck
(4 / 5)