VE Monk Plus

Review: VE (Venture Electronic) Monk Plus Earbuds. Pembelian paling murah yang kau takkan menyesal!

Dalam hidup ni, korang mesti pernah berhadapan dengan situasi yang sangat tak logik dek akal, bila mana dengan usaha atau sumbangan yang sangat kecil dikatakan mampu menjana dan memberikan ganjaran yang maha besar. Macam banyak sekarang ni orang offer untuk join pakej MLM hanya dengan yuran keahlian RM50 dan kumpul 10 kaki bawah korang lepas 6 bulan korang boleh jadi jutawan, atau beli sebotol krim muka harga RM199 ni dan seumur hidup muka korang akan berseri bak Ayana Moon atau korang beli alat penjimat elektrik pada harga RM39 ni seterusnya bil elektrik rumah kome akan jimat 70%!

Bagi aku…aku sentiasa amalkan slogan yang sangat mudah, “if it is too good to be true, it probably is”. Jadi bilamana banyak forum-forum audio memberi respon 5 bintang terhadap satu earbuds jenama Venture Electronic (VE) model Monk Plus yang hanya berharga RM20 tapi dikatakan menyamai prestasi iem/earbuds berharga RM80-RM150, aku melihat dan merasakan ianya hanyalah marketing ploy yang pihak VE buat untuk mempromosikan produk mereka ni. Tapi bilamana setiap kali aku run search pasal Monk Plus ni banyak nama-nama tersohor dalam bidang audio asyik mengesyorkan earbuds ni, aku rasa terpanggil untuk mengorbankan RM20/USD5 duit usaha titik peluh aku sendiri untuk mencoba dan mendengar sendiri kehebatan Monk Plus. Inilah yang menjadi asbab kepada review kali ni.

Namun sebelum kita pergi jauh lagi, baik kita lihat secara teknikal spesifikasi earbuds ni:

Ini adalah spesifikasi Monk Plus

Type:                         Open dynamic ear-bud
Driver:                       15.4mm dynamic
Frequency Range:    8 Hz – 22 Khz
Impedance:               64 ohm
Sensitivity:                112dB +/- 5dB (1mW)
Plug:                         3.5mm gold plated, straight jack
Cable:                       1.2m, TPE outer coat, 128 x 0.06 4n ofc copper
Weight:                     Approx 15g with single full foam covers
IEM Shell:                 Polycarbonate / hard plastic

Jadi untuk review kali ni aku gunakan source langsung dari Macbook Pro aku dan menggunakan pemain muzik Audirvana yang sangat aku recommend untuk korang gunakan dalam macbook/notebook korang sebab dia mengurangkan lapisan proses sebelum sebuah lagu tu sampai ke earphone korang. Sila google sendiri untuk maklumat lanjut :).

Di bawah ni adalah senarai tracks lagu yang aku gunakan:

1. Kingdom Hearts Orchestra, World of Tres, WAV 16-bit 44.1 kHz
2. Titanium, The Cover Crew, FLAC 16-bit 44.1 kHz
3. The Winds, Cat Steven, FLAC 16-bit 44.1 kHz
4. It Was You, Norah Jones,FLAC 24-bit 96 kHz
5. Barakallahulakuma, Maher Zain Live & Acoustic, FLAC 16-bit 44.1 kHz
6. Tawakkal, Raihan, FLAC 16-bit 44.1 kHz
7. Say A Little Prayer, Aretha Franklin, MQA FLAC 24-bit 192kHz

Harga dan kat mana boleh beli
Pergi cari di Shoppee, Lazada ataupun AliExpress, tunggu 5-15 hari dan akan sampai Monk Plus korang!

Macam mana dia punya soundstage
Guna earbuds ni kurang lebih ada rasa macam guna semi-open back headset, soundstage sangat terbuka macam korang dengar busker kat jalan TAR buat persembahan, dengan jarak korang dari busker tu dalam kurang lebih 4-5 meter. Dan dari segi noise isolation memang akan ada max 30% kebocoran bunyi sebab rekabentuk semulajadi earbuds ni. Bagi aku kalau nak dapat kepuasan maksima guna Monk Plus ni korang kena naikkan 20% volume berbanding bila korang guna IEM biasa. Dan tips dari aku, kalau nak dengar part-part dalam lagu secara details, korang kena tekankan sikit earbuds nih dekat dengan corong auditori telinga korang. Bagi rapat sket.

Macam mana dia punya bass (Low)
Bass dan sub-bass untuk jenis earbuds macam Monk Plus mmg tak boleh lawan IEM, namun aku agak terperanjat sebab bass yang dihasilkan oleh Monk Plus masih lagi ketara dan kedengaran agak jelas dan menyumbang secara keseluruhan untuk signature bunyi yang V shape dan fun untuk didengar tanpa rasa letih telinga nak dnegar lepas 30-45 minit.

Macam mana dia punya vokal (Mid)
Vokal dari audio dapat dibawa oleh Monk Plus seperti yang sepatutnya dan jika korang nak mempertingkatkan lagi mid and vokal signature ni korang boleh main-main dengan equalizer bagi mereka yang suka main equalizer pada DAP atau player masing-masing.

Macam mana dia punya treble (High)
Treble pada Monk Plus ni boleh dikatakan secukup rasa tidak terlalu over power dan tidak terlalu rendah. Sesuai untuk orang yang tak suka bunyi Treble tinggi-tinggi, bunyi bingit, bunyi tajam/harsh treble yang melampau.

Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)
Stereo efek boleh didengari dengan jelas, instruments separation juga dapat didengar jelas dan ini sangat mengkagumkan untuk earbuds berharga rm20! Sangat meng-kagumkan doh!

Tone bunyi
Tone bunyi bagi aku adalah warm dan fun. Tak letih pakai Monk Plus ni dan bagi aku korang leh guna sepanjang hari tanpa perlu risau ada orang panggil korang dan korang tak dapat dengar sebab sound isolation dia aku rasa dalam 70% sahaja.

Perbandingan
Perbandingan dengan BLON T1 sebab harga yang hampir sama, kalau ko suka muzik yang lebih details pergi pada Monk Plus tapi kalau korang nak bunyi konsert rock 1 meter depan korang better ambil BLON T1.

Untuk Siapa?
Memang untuk mereka yang tak bunyi yang terlalu isolate dan maha details. Ini adalah earbuds yang just nice untuk didengar serta fun dan boleh dipakai lama kat telingat tanpa rasa letih. Macam layan orang buat persembahan di open space tapi masih mengekalkan kualiti perincian bunyi audio tersebut. Ianya sangat ringan hanya 15.5 gram sahajadan selepas 10 minit korang pakai, korang takkan terasa pun benda alah tu ada kat telinga korang.

Packaging
Monk Plus ni datang dengan paket plastik kecik macam plastik pembungkus asam jeruk zaman 90-an. Serius! Takde apa nak dibanggakan dengan pembungkusan dia, di dalam plastik tu disertakan earbuds berserta 4 pasang earbud cover berwarna merah dan biru pekat. Itu sahaja. Titik.

VE Monk Plus VE Monk Plus

Ulasan dan Bintang
Overrall, ini adalah earbuds yang bertaraf tinggi namun masih mengekalkan harga yang sangat sangat murah berbanding kualiti audio yang ia hasilkan. Sangat disyorkan untuk dimiliki walau hanya sebagai simpanan dan koleksi. Ini adalah satu-satunya earbuds yang korang perlu ada walau sekadar nak melengkapkan koleksi pelbagai IEM yang ada dalam simpanan korang. Bagi aku, Monk Plus amat layak diberikan 5 bintang lantaran harga vs kualiti yang diberikan, bagaikan setitis nila yang mampu mewarnai sebelanga susu. Impak yang tinggi untuk harga yang sangat rendah!

5 out of 5 stars (5 / 5)

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta