Yamaha mempersembahkan noise-cancelling TW-E7A wireless earbuds

Jangka-hayat bateri yang hebat,  aptX Adaptive dan Yamaha’s new Listening Care technology

Akhirnya!!! Yamaha telah memasuki pasaran true wireless earbuds.Okaylah tu, lebih baik lambat daripada tak ada lansung kan? Ada dua model yang menjanjikan keupayaan peribadi bersesuaian dengan si pemakai dan persekitaran mereka.

Yamaha TW-E5A (£179 / $160 / AU$229) dan active noise-cancelling TW-E7A (£229 / $230 / AU$329)  telah menjadi pesaing kepada AirPods yang menguasai pasaran dan juga Sony WF-1000XM3 selaku peneraju kelas, . Juga terbaru, YH-E700A wireless noise-cancelling over-ear headphones yang boleh didapati pada harga  £349 ($350 / AU$499). Ada harapan untuk membenamkan Sony WH-1000XM4, Bose 700 Noise Cancelling Headphones and Sennheiser Momentum 3 Wireless. Dengan barisan wireless headphones mereka yang menyeluruh, nampak jelas kan Yamaha sudah keluar untuk merampas kedudukan daripada pesaing-pesaing yang ada? Semoga berjaya, Yamaha!

(Image credit: Yamaha)

Kedua-dua true wireless earbuds mereka ini menggunakan teknologi Yamaha yang terkini iaitu ‘Listening Care’. Teknologi ini bertujuan untuk memberikan kualiti bunyi yang konsisten pada segala frekuensi dan volume. Teknologi ini menggunakan mic dalaman untuk memantau aras latar belakang dan ‘membetulkan’ EQ pada volume pendengaran berbeza-beza dan yang telah ditentukan untuk menyeimbangkan frekuensi.

YH-E700A mereka yang jenis ‘over-ears’ pula mempunyai kelebihan ‘Advanced Listening Care’, bermakna aplikasinya lebih dinamik. Dynamic range dan recording level isyarat muzik diambil kira. Background noise juga dibenarkan untuk swing 2db. ‘Over-ears’ ini juga mempunyai active noise-cancellation yang terbaharu daripada Yamaha. Algoritma digunakan untuk mengasingkan pemprosesan isyarat background noise dan muzik demi mengekalkan integriti signal muzik sebaik mungkin. YH-E700A’s Listening Optimiser juga berfungsi untuk menyesuaikan bunyi khususnya mengikut si pemakai. Berdasarkan pada teknologi ‘room correction’ yang terdapat pada Yamaha AV amplifiers, mengira bagaimana bunyi sampai ke telinga anda pada setiap 20 saat- mengukur saiz saluran telinga dan seselamat mana seal itu- dan mengaplikasikan algoritma pembetulan setiap 5 saat.

Ketiga-tiga model terbaru ini mempunyai jangka-hayat bateri yang sangat hebat. TW-E5A memberikan 26 jam (6.5 jam dari buds). TW-E7A pula memberikan 28 jam (7 jam dari buds), manakala YH-E700As memberikan 35 jam dalam 1 charge sahaja. Kedua-dua model wireless Yamaha ini mempunyai aptX Bluetooth, manakala over-ears mereka menggunakan aptX Adaptive aptX Adaptive Bluetooth (codec paling terbaru dan paling berkualiti daripada Qualcomm). Kemudian ada pula Qualcomm’s True Wireless Stereo Plus (yang menjanjikan penyambungan bud-to-bud berkualiti) dan IPX5 kalis air (maksudnya boleh kena air hujan lebat ya).

TW-E5A dam TW-E7A akan datang pada pertengahan bulan ini, manakala YH-E700A dijangkakan akan tiba pada bulan Disember. Apa-apa pun kami berharap akan lihat kepada kehebatan mereka tak lama lagi

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta