Aplikasi Hi-res Music Player untuk Windows dan android pilihan AudioMonsta

Hi guys, hari ini kami akan berkongsi aplikasi Hi-res Music Player untuk Windows dan android pada anda semua. Jika anda rasa anda adalah seorang audiophile, agak sukar untuk golongan ini hendak mendengar Hi-Res audio dalam bentuk FLAC,WAV,MQA atau DSD format. Artikel ini kami keluarkan adalah untuk berkongsi beberapa aplikasi Hi-res music player untuk anda pilih.

Aplikasi yang bakal kami kongsi ini ada yang percuma dan jugak berbayar.

Audirvana

Audirvana membolehkan anda mengawal audio stream dari source to output. Jika anda mempunyai PC atau Laptop yang power, ini adalah pilihan yang tepat. Sebagai contoh Audirvana menyokong higher performance algorithms untuk mengurangkan beban signal processor load dan mengelakkan overloading.

Aplikasi ini juga menyokong plugin VST3 yang membantu audio tuning. Audirvana juga menyokong format MQA. Pada kami Audirvana adalah pilihan murah dan ia juga memberi 30 hari tempoh percubaan kepada user yang ingin mencuba nya. Link : https://audirvana.com/ (Windows/MAC). Harga : $74.00 (RM320.98)

 

Foobar2000

Salah satu aplikasi Hi-res music player yang popular untuk Windows dan Linux. Foobar2000 adalah diantara aplikasi yang UI (user Interface) nya agak simple dan old school, tetapi ia pantas dan mudah untuk mengendalikannya dan yang penting adalah PERCUMA!.

Foobar2000 menyokong FLAC, tetapi tidak menyokong DSD. Untuk mendapatkan sokongan untuk format ini, anda perlu menggunakan DSDIFF tambahan. Apabila menggunakan, anda akan melihat ini adalah audio player yang power. Link : https://www.foobar2000.org/ (Windows/Linux). Harga : PERCUMA

Picture 4 of 7 Best Hi-res music player software for Windows

 

USB Audio Player Pro

Music player berkualiti tinggi untuk Android (Phone/DAP), Menyokong USB audio DAC untuk memainkan fail audio sehingga 32-bit resolution. Aplikasi ini juga menyokong format WAV,FLAC,wavpac,ape,mp3 dan DSD. Aplikasi ini penting pada peminat head-fi kerana ia melangkaui semua had audio Android. Jika tiada USB DAC, aplikasi ini menyokong banyak cip audio Hi-res yang terdapat dalam telefon dan DAP lama dan baru, dimana ia boleh untuk memainkan audio pada kualiti yang lebih tinggi daripada music player standard, bahkan yang datang dengan telefon dan DAP anda.

Apabila anda menyambungkan telefon,tablet atau DAP (Android Based), USB Audio Player Pro akan melepaskan Full power pada USB DAC, dengan menggunakan custom developed USB audio driver. Music player ini memintas sistem audio Android sepenuhnya, yang bermaksud  bahawa batasan Android mengenai resolusi bit dan sample rate (16-bit / 48kHz) tidak relevan dan high quality audio streams di beri terus kepada DAC, Membolehkan playback sehingga 32-bit pada 384kHz (bergantung pada DAC) mahupun DSD.

USB Audio Player Pro adalah aplikasi pertama di Android yang menampilkan MQA decoder. Link : USB Audio Player Pro (Android) Harga : RM31.99. Website : https://www.extreamsd.com/

UAPPscreen1UAPPscreen4UAPPscreen3

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta