Bang & Olufsen mensasarkan peminat fanatik kecergasan dengan Beoplay E8 Sport wireless earbuds

Bang & Olufsen telah mengambil usaha pertama dalam elektronik pengguna sporty dengan pelancaran Sport wireless earbuds terbaru, Beoplay E8 Sport. Walaupun sekarang banyak alternatif Airpods boleh dikatakan sesuai untuk kegunaan bersenam dan gym, jenama Denmark ini secara khusus menyatakan Beoplay E8 Sport adalah model yang sangat sesuai untuk kegunaan sukan dan juga gym.

Beoplay E8 Sport dilengkapi dengan Pensijilan IP57 dimana earbud ini kalis dari debu,peluh dan air. Sarung pengecasan tanpa wayar Beoplay E8 Sport pula menggunakan getah dan silikon bertekstur, selain aluminium tahan karat dan aluminium  anodis, dan ia membuatkan rekabentuk Beoplay E8 Sport nampak “fresh”. Sarung pengecasan Beoplay E8 Sport juga didatangi bersama pengecasan tanpa wayar.

Untuk kawalan semasa anda bersukan atau berada di gym, fungsi seperti melangkau trek dan mengaktifkan Mod ketelusan (Transpacey Mode – allowing wearers to briefly hear the outside world), boleh diaktifkan dengan satu tap dan swipe pada permukaan earbud. Beoplay E8 Sport juga menyokong codec aptx dan AAC Bluetooth 5, dan gabungan jangka hayat bateri yang mengagumkan sehingga 30 jam jumlah keseluruhan kegunaan. Beoplay E8 Sport didatangi dengan warna Oxygen blue dan hitam pada 9 julai dengan harga sekitar €350 (RM1,669.48 – Direct convert ).

 

Sumber dari : Bang & Olufsen

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta