DDHifi mempersembahkan secara rasmi Earphones E2020A-Janus

DDHiFi adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia audiophiles. DDHifi adalah sebuah syarikat yang membekalkan aksesori barangan audio seperti leather case dan juga bag. Kali ini,DDHifi telah memperkenalkan sebuah earphone yang agak unik iaitu  E2020A-Janus.

Uniknya, earphones E2020A-Janus mempunyai dua socket iaitu MMCX dan juga 2 pin (0.78). Kelihatan dalam gambar yang kami sertakan ini E2020A-Janus ini tampak kemas dan premium. E2020A-Janus boleh dibeli pada pertengahan November dan kami berharap kedai audio di Malaysia seperti RedApe, Starpickers Audio libraby dan juga E1 Personal Audio akan membawa masuk earphones E2020A-Janus. Harga E2020A-Janus adalah $199.99 iaitu sekitar RM828.46. Kami juga berharap, kami akan berpeluang untuk mengulas E2020A-Janus tidak lama lagi.

 

This slideshow requires JavaScript.

Sumber Berita : DDHiFi

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta