DZAT DF-10 – Solid Wood IEM

Baik, semenjak dua-menjak ni, terdengar cetus-cetus blog terkenal menggunakan perkataan “Nir”. Aku pun tak tahu apakebenda “Nir” ni sebenarnya. Dewan bahasa dan pustaka pun bertambah satu kerja nak menjawab persoalan orang ramai berkaitan perkataan “Nir” tu. Tapi kan, aku pun nak gunakan juga la “Nir” ni dalam review, takkan nak ketinggalan bas kan? (Hehehe). Jadi kat bawah ni aku lontarkan sebuah “Nir”-pantun.

Kajang Pak Malau Kajang “Nir”-lipat,
Kajang kami menumpang “Nir”-vana,
Kajang “Nir” kamu nak guna DZAT,
Kajang mari “Nir”-beli DF-10 na.

Apa la aku merepek ni….. Ok dah dah… sebelum aku lempang semua kaum-kaum “Nir” ni, mari kita berbalik pada review IEM.

Review kali ni amat unik, satu IEM yang menggunakan material kayu asli sebagai body IEM dia, iaitu DZAT DF-10. Kami amat berterima-kasih kepada pihak StarsPicker kerana berbesar hati membekalkan kami kesemua jenis warna IEM DZAT DF-10 untuk review kali ni. Trimas boss StarsPicker.

IEM ni datang dengan tiga jenis kayu yang berlainan warna dan dengan signature bunyi berlainan. Bawah ni adalah kesemua tiga-tiga jenis yang ada.

Rose Wood – Warna Merah (Maroon)
Mapple Wood – Warna Putih
Ebony Wood – Warna Hitam

Bawah ni sedikit spec berkenaan IEM ni.

Transducer Principle: Dynamic Driver
Driver Diameter: Ø6.8mm
Sensitivity: 90±1.5dB
Impedance: 16Ω
Frequency Response: 20Hz-20kHz
Connection terminal (connector finish): Ø 3.5mm gold-plated
Cable Length: 1.2m±5cm
Drive unit: Exclusive Special PET Shock Diaphragm unit
Microphone: YES – Play / Pause control, answer / hang up the phone
Package Size: 7.49 x 1.79 x 6.51 inches

DZAT DF-10 ni cable dia dah fixed, maknanya cable dia takleh cabut dan takleh nak tukar cable lain. Cable dia ni datang sekali dengan mic kat belah kanan, jadi macam biasa sesuai la untuk guna kat phone, laptop atau PC. Untuk gaming ke untuk conference call ke takde masalah, cuma kami tak review apa-apa pasal mic. Build quality cable bagi aku agak bagus, bahagian bawah yang sebelum sampai ke Y spliter tu, material dia jenis nylon braided, dan dari Y spliter sampai ke body IEM dia guna materiel getah macam cable biasa. Material plug nampak bagus juga, tak nampak macam murah.

Untuk review ni, aku ada buat dua video untuk DZAT DF-10 ni. Video pertama kat bawah ni adalah video quick unboxing DZAT DF-10 versi Mapple Wood yang berwarna putih. Mengikut Starspicker, yang aku dapat ni adalah packaging lama, packaging baru agak lain sikit tapi semua barang-barang kat dalam tu masih sama.

Ini pulak video kedua, video quick look untuk semua tiga-tiga versi DZAT DF-10 ni.

Amacam? nice kan? Aku cukup suka dengan warna Rose Wood kayu merah tu, nampak premium dan sangat cantik, tapi warna putih dan hitam pun cantik gak, dan yang penting tang bunyi dia la kan, pasal ke-tiga-tiga color ni bunyi dia berlainan.

Macam biasa, aku guna source yang sama macam aku review CCA C16. Source dari laptop dan Sony “Music Center” software untuk playback. Bawah ni list tracks yang aku guna.

1. Patah Seribu, Shila Amzah, FLAC 16-bit
2. Cinta Muka Buku, Najwa Latif, FLAC 16-bit
3. Warisan Wanita Terakhir, Teacher’s Pet, FLAC 16-bit
4. Stars, Olivia Ong, FLAC 16-bit
5. Hotel California, The Eagles, DSD (Hi-Res)
6. Ten Million Tears, Emi Fujita, FLAC 16-bit
7. Let Her Go, J.Fla, FLAC 16-Bit
8. I’m Alive, Celine Dion, FLAC 16-bit
9. Hello, Adele, FLAC 16-Bit
10. Giraffe Blues, Freyja Solo, Macross Delta Anime, FLAC 24-BIT (Hi-Res)
11. How Do You Do?, Roxette, FLAC 16-bit
12. Dangerous, Roxette, FLAC 16-bit
13. Stay With Me Darkchild Edition, Sam Smith, FLAC 16-bit
14. It’s My Life, Bon Jovi, FLAC 16-bit
15. Kibou No Uta, Ultra Tower, Shokugeki no Soma Anime, FLAC 16-bit
16. I’m Alive, Stevie McCrorie, FLAC 16-Bit
17. Island, Stevie McCrorie, FLAC 16-Bit
18. Take Our Time, Stevie McCrorie, FLAC 24-Bit (Hi-Res)
19. If We Wait, Stevie McCrorie, FLAC 24-Bit (Hi-Res)

Harga dan kat mana boleh beli
DZAT Df-10 ni harga dia RM129 kat Shopee StarsPicker, link kat SINI. Korang boleh usha kat tempat lain kalau nak murah sikit, tapi aku cadangkan beli je dengan StarsPicker pasal dorang tu official distributor untuk DZAT dan dorang bagi satu tahun warranty. Shop online lain mungkin agak murah tapi warranty tiga bulan aje atau takde warranty terus.

Macam mana dia punya soundstage
Secara keseluruhan, soundstage untuk IEM ni agak bagus, cuma berbeza sikit untuk yang warna merah. Jadi dalam review ni aku break down ke semua tiga-tiga IEM ni ikut warna masing-masing.

Rose Wood – Warna Merah – Kat sini memang dia punya kekuatan, yang warna merah ni soundstage dia paling luas antara ketiga-tiga IEM ni. Semacam kita berada kat concert yang besar dan duduk barisan agak tengah, bukan kat barisan hadapan.

Mapple Wood – Warna Putih – Yang warna putih soundstage dia agak luas, tapi tak seluas macam yang warna merah. Seolah kita duduk kat concert di barisan hadapan sekali dan penyanyi tu betul-betul depan kita. Atau seolah dalam concert yang kecik, kita duduk betul-betul depan penyanyi dan instruments music kat belakang dia. Suara vokal penyanyi tu betul-betul kat depan kita.

Ebony Wood – Warna Hitam – Lebih kurang sama macam yang warna putih.

Macam mana dia punya bass (Low)
Aku cukup suka bunyi bass kat IEM ni, smooth je dan efek body kayu pun menjadikan sound bass dia agak unik dan warm. Keseluruhan body bass dia bagi aku adalah natural dan ada weight dia, bila kena dengan body kayu tu lagi menambah perisa sikit, terutama pukulan drum dan gitar bass.

Rose Wood – Warna Merah.
Yang warna merah ni paling besar bass dia, dan bass juga adalah kekuatan yang warna ni. Memang dia fokus kat bass lebih sikit.

Mapple Wood – Warna Putih.
Bagi aku bass kat warna putih ni just enough, mungkin lebih atau bassy sikit dari normal IEM jenama lain tapi memang dah cukup sesedap rasa, above average mat salleh kata.

Ebony Wood – Warna Hitam.
Aku boleh kata lebih kurang dengan yang warna putih. Tapi sebab tone sound dia agak bright sikit, jadi berkemungkinan korang hilang fokus kat bass dia. Kalau betul-betul fokus baru boleh rasa bass dia tu lebih kurang je dengan yang putih tadi, betul-betul punya fokus nih, fokus fokus, bukan Nirfokus (muhehehehehe).

Macam mana dia punya vokal (Mid)
Rose Wood – Warna Merah – Vokal kat warna merah ni dia tak bagi perhatian sangat, mungkin sebab tone bunyi dia V-Shape (EQ berbentuk V-Shaped). Tapi bukan tak dengar langsung, macam aku cakap dalam pengenalan tadi, ibarat kita duduk barisan tengah-tengah, vokal penyanyi boleh dengar agak jauh dari kita. Tone yang macam ni sebenarnya ramai orang suka, pasal dia relaks dan kita boleh layan lagu tu santai-santai.

Mapple Wood – Warna Putih – Kat sini lah kekuatan DF-10 yang berwarna putih ni. Vokal sangat jelas, dia bagi forward sikit seolah kita berapa betul-betul depan penyanyi tu. Dan music bunyi kat belakang penyanyi.

Ebony Wood – Warna Hitam – Sama macam yang warna putih, dan ikut atas lagu vokal mungkin lebih menyerlah pasal yang hitam ni agak bright tone bunyi dia.

Macam mana dia punya treble (High)
Rose Wood – Warna Merah – Yang warna merah ni fokus dia kat bass, jadi treble dia ade sikit kurang dari versi warna yang lain, bukan tak ada langsung, cuma kurang sikit aje.

Mapple Wood – Warna Putih – Yang warna putih ni sangat balance antara treble dan bass dia. Mid dia bagi forward sikit supaya vokal lagi jelas antara semua.

Ebony Wood – Warna Hitam – Treble adalah kekuatan sebenar kat yang warna hitam, treble kat sini memang yang paling tinggi antara kesemua tiga-tiga IEM ni, tapi takde la tajam dan bingit macam IEM KZ (tertamanya KZ ZSN). Masih lagi boleh masuk bagi aku. Tone bunyi macam ni orang cakap tone bunyi sparkle atau bright sebab treble dia tinggi sikit dari biasa.

Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)
Rose Wood – Warna Merah – Music instrument dengar agak jauh sebab soundstage untuk warna ni luas. Juga tengok atas sesetengah lagu, ada yang kat belakang penyanyi ada yang kat depan belah tepi, kiri atau kanan. Secara keseluruhan agak bagus. Kira normal la senang cerita.

Mapple Wood – Warna Putih – Saperation kat warna putih ni aku cukup suka, bagi aku sangat balance pasal vokal agak ketengah dan boleh dengar micro details dengan lebih jelas.

Ebony Wood – Warna Hitam – Lebih kurang macam yang warna putih tapi lebih bright dan sparkle. Bunyi ding ding ding dan ching ching ching tu lebih menyerlah.

Tone bunyi
Penggunaan material kayu untuk IEM ni sangat unik bagi aku sebab bunyi dia tu lain sikit dari IEM yang body aluminium atau plastic. Bunyi macam speaker box lama pun ada dan dia kasi perisa tambahan kat bunyi bass kat drum, bunyi gitar bass, dan gitar-gitar lain. Kebanyakan gitar pun material kayu kan? Pendek kata tone bunyi untuk semua tiga-tiga versi DZAT DF-10 ni sangat natural, sangat warm dan ada 3 pilihan tone bunyi yang korang boleh pilih mana yang paling ngam. Mungkin kesemuanya tiga-tiga versi IEM ni agak bassy bagi sesetengah orang yang tak suka bass besar, tapi bagi aku yang warna putih dan warna hitam bass dah ngam secukup rasa.

Rose Wood – Warna Merah – Macam aku cakap tadi, tone bunyi untuk yang warna merah ni berbentuk V-Shaped EQ (lebih kurang preset EQ genre Rock). Tone bunyi macam ni ramai orang suka pasal sangat relaks untuk didengar dan dia lebih fokuskan bunyi bass. Ikut telinga aku masa review IEM yang warna merah ni, ada sedikit bass bleed. Maksudnya ada beberapa frequency bass tu terlepas masuk dan menggangu frequency sub bass yang lain, sikit je tak banyak, aku masih boleh terima dan tak jadi masalah pun. Sebab tuning dia ni V-Shaped, vokal dan mid sangat releks untuk didengar cuma agak jauh sikit dari biasa. Untuk kebanyakan orang macam casual phone listener, dorang selalunya suka tone bunyi macam ni.

Mapple Wood – Warna Putih – Tone bunyi yang warna putih ni bagi aku dia fokus pada clarity dan juga micro details. Bunyi dia pun adalah yang paling balance antara bass dan treble diantara semua versi IEM ni. Dia bagi vokal kedepan sikit supaya details suara dan micro details yang lain lebih jelas. Bass tak sekuat macam yang warna merah tapi dah sangat cukup bagi aku.

Ebony Wood – Warna Hitam – Tone bunyi yang warna hitam ni lebih kepada treble, atau orang cakap bright. Bunyi sparkle ding ding ding atau ching ching ching tu yang merecik-recik. Tak ramai orang yang boleh layan jenis tone bunyi macam ni termasuk aku.

Perbandingan
Perbandingan dengan OnePlus Bullet V2. Takle lawan la, keunikan bunyi efek kayu tu buat DZAT DF-10 ni menang, sangat natural dan warm, pulak ada tiga piihan untuk tone bunyi berlainan mengikut selera korang, oneplus bullet ada? Nir-ada faham! Nir-ada.

Perbandingan dengan BLON T1. Ok, yang ni agak rumit pasal BLON T1 tu bunyi dia lain dari DZAT DF-10 ni. Tapi secara keseluruhan aku suka DZAT DF-10 ni lagi, terutamanya yang versi warna putih, pasal tu paling ngam dengan taste sounding aku, balance, details dan warm.

Untuk Siapa?
Rose Wood – Warna Merah – Untuk yang orang yang tak faham sangat pasal audio dan tak tahu nak pilih yang mana antara tiga-tiga ni, angkat yang ni aje kalau nak paling selamat. Pasal tuning yang warna merah ni ramai orang boleh terima, dan nak main equalizer pun dia boleh bawak lagi.

Mapple Wood – Warna Putih – Untuk orang yang sukakan details sound, nak dengar jelas detail suara dan bunyi-bunyi background, sukakan sound yang balance antara bass dan treble dan sukakan bunyi yang agak warm, warna putih ni sesuai. Bagi aku sangat berbaloi pasal susah nak jumpa IEM yang tone bunyi dia macam ni dalam range harga RM130.

Ebony Wood – Warna Hitam – Untuk orang yang sukakan sound jenis sparkle bright sound, treble tinggi jenis ching ching ching semua tu, boleh angkat versi warna hitam ni. Aku memang tak sesuai dengan yang ni pasal aku tak berapa suka bright sounding, tak tau la korang macam mana.

Packaging
Package dia sangat nice dan datang dengan set bawah ni.

1 x Headphone
1 x Manual
1 x Earphone chip (silicon) S, M, L 
1 x Comply foam tips
1 x Pouch
1 x pen
1 x note book

 

Ulasan dan Bintang
Tengok dari segi packging dia, macam-macam dia kasi woo. Buku nota la, pen kayu la dan pouch kecik la (untuk IEM). Yang mana aku boleh dikatakan agak premium dan solid dan sangat sesuai untuk dijadikan hadiah atau present gift kat sapa-sapa. Aku agak impressed dengan IEM ni dan rasa macam harga dia tak padan dengan kualiti bunyi dia. Sangat berbaloi kalau korang yang mencari IEM yang bukan jenir over-ear, pasal yang ni jenis bullet, sumbat terus masuk telinga, takyah nak sibuk ekjus-ekjus wayar kat atas telinga.

Antara kesemua tiga-tiga warna IEM ni, personal favorite aku adalah yang warna putih, kayu Mapple Wood. Pasal aku suka tone bunyi dia yang balance, warm, details dan fokus kat vokal/mid.

Kita tengok input dari geng-geng Audio Monsta yang lain.

DZAT DF-10 Rose Wood – “Dzat kayu merah ni memberi warna bunyi yang menggembirakan dan meriah.. bass yang dihasilkan memenuhi ruang dan pastinya disukai bagi kepala bass di luar sana.” – Ezi

DZAT DF-10 Rose Wood – “DZAT kayu merah ni bagi aku sangat elegan dari segi hasil buatan dan warna. Bunyi yang dihasilkan melebihi dari harga jualan yang boleh dianggap sebagai mampu milik. Highs yang jelas, vocals yang ketara dan lows yang sangat seronok didengari. Bagi aku DZAT memberi keseronokan dalam mendengar muzik.” – amirules77

DZAT DF-10 Mapple Wood – “Kalau dari segi rupa dan build quality mmg superb.. material kayu dia mmg nampak kemas.. dari segi cable dia.. aku yakin tahan.. dari iem yg sama harga ngn dia.. untuk sound.. mmg tak kan kecewa..” – deedit

DZAT DF-10 Rose Wood – “I can hear bass was highlighted prominently in this earphone. It suits the type of songs I listen to” – Nanthini, Cloud Infra DevOps

“It’s a great earphone worth buying, feel comfortable using it everyday. Also great music can enjoy clearly” – Iqmal, Web Developer

5 out of 5 stars (5 / 5)

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta