FiiO Q3 DAC/AMP Mudah alih dengan teknologi THX AAA Balance 4.4 Output

Rata-rata dalam dunia audiophile,ramai mengenali brand FiiO. DAC/AMP budget mereka iaitu FiiO Q1 mark ll adalah model yang laris dan dikenali oleh pengemar audio dimana ia dilancarkan pada hujung tahun 2017. Sehingga kini ramai peminat barangan audio masih menggunakanya. kami, AudioMonsta telah menulis ulasan penuh tentang FiiO Q1 Mark ll (Klik link ini).

Pada tahun 2020 pihak FiiO telah melancarkan sebuah DAC/AMP budget FiiO Q3, dimana mereka mengatakan model terbaru ini adalah model naik taraf FiiO Q1 Mark ll. Model FiiO Q3 kali ini didatangi dengan cip DAC AKM AK4462, THX AAA Fully balanced amplification,cip USB terbaru dari XMOS dan 3 output port 3.5mm unbalanced,2.5mm balanced dan juga 4.4mm balanced. Dari apa yang kami lihat, rekabentuk FiiO Q3 tidak banyak beza dengan FiiO Q1 Mark ll dan yang membuatkan kami rasa seronok FiiO Q3 menggunakan type-c port, dimana model sebelum ini hanya menggunakan port micro usb.

Anda boleh membuat Pra-tempahan di Red Ape – Headphone Store . atau melalui Shopee mereka : Klik Link ini!

Berikut adalah spesifikasi lengkap FiiO Q3 dan juga gambar FiiO Q3 :

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta