FiiO melancarkan Flagship Dynamic In Ear Monitor yang diberi nama FiiO FD5

Dalam pameran audio di seluruh dunia baru-baru ini, FiiO selaku jenama pembuatan peralatan audio terbesar di China telah mempamerkan sepasang IEM flagship terbaru mereka yang diberikan nama FiiO FD5. IEM yang kelihatan menawan ini mempunyai unit gegelung bergerak Diamond-like carbon beryllium coated diaphragm di kedua-dua belah yang menghasilkan pengalaman audio yang mengasyikan. Reka bentuk industri ear shells menjadikannya kelihatan sangat cantik. Ramai yang bertuah telah berpeluang untuk mencuba IEM ini semasa pameran audio di China baru-baru ini. Mereka mengatakan bahawa FiiO FD5 adalah IEM gred flagship dengan output bunyian terbaik dan mempunyai reka bentuk industri yang boleh dikumpulkan.

Ciri-ciri

  • Konfigurasi Pemacu Dinamik Kuat.
  • Diamond-like carbon beryllium coated diaphragm
  • Ear shells keluli tahan karat yang mengagumkan.
  • Struktur belakang separa terbuka.
  • Muncung yang boleh ditukar (tuning filters).
  • Plug termination bergred tinggi yang boleh ditukar.

Bunyian Penuh ‘Soul’ Dengan Unit Pemacu Flagship-level

Unit pemacu dinamik di dalam ear shells yang cantik mempunyai unit DLC(Diamond-like carbon) beryllium dome-coated diaphragm.Gabungan dua bahan tegar dan fleksibel ini menghasilkan pengaliran bunyi yang pantas dan ‘damping’ dalaman.Ia berkesan mengurangkan getaran dan distorsi harmonik berfrekuensi tinggi diafragma tersebut, menghasilkan kecekapan bunyi yang tinggi dengan distorsi yang sangat rendah.

Struktur Dual-Cavity Acoustic

Ear shells FD5 direka secara profesional untuk memberikan kejelasan dan prestasi yang tiada tandingan. Prisma akustik cavity depan meningkatkan fungsi penyebaran frekuensi tinggi dan penyesuaian fasa, yang membolehkan kawalan tepat gelombang bunyi dan memberikan output bunyi tanpa gangguan. Cavity belakang separa terbuka meningkatkan penyebaran signal frekeunsi rendah, yang membuatkan  lower-end super-clean dan deep. Kesemua frekuensi dikawal dengan baik dengan sambungan yang mendalam dan tanpa bertindih antara satu sama lain. Rekaan belakang separa terbuka juga melepaskan tekanan angin di dalam cavity, memastikan respon bunyi yang lebih baik. Ia juga membantu untuk melegakan tekanan pada saluran telinga untuk sesi muzik yang selesa untuk jangka masa yang lama.

Ear Nozzles yang Boleh Diganti

Dari maklumat yang dikongsi oleh eksekutif FiiO di Weibo, FiiO FD5 mempunyai ear nozzles yang dapat diganti. Ini bermakna, filter tuning boleh diganti akan ada. Tidak banyak yang diketahui buat masa ini, tetapi kami akan update setelah lebih banyak maklumat diterima kemudian.

 

Kabel Boleh Ganti Bermutu Tinggi

FD5 ini mempunyai penyambung MMCX yang universal. Dilengkapi dengan kabel perak berkualiti tinggi dengan plug termination yang boleh diganti. Pakej termasuk pilihan termination seperti plug 3.5mm SE, 2.5mm Bal, and 4.4mm Bal untuk digunakan  bersama sumber hi-res anda.

Harga

Harga yang dinyatakan oleh FiiO ialah $299.99 (RM 1,212.00) dan kemungkinan FiiO FD5 akan berada di Malaysia pada awal Januari 2021.

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta