Ulasan – Sony WM1Z Walkman® Signature Series

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kali ni aku akan memberi sedikit ulasan untuk DAP bangsawan Sony WM1Z Walkman® Signature Series. Pada November 2016, Sony telah mengeluarkan high-end gold plated walkman mereka iaitu  WM1Z Walkman® Signature Series dengan tanda harga RM11,999.00. Pada aku WM1Z adalah Walkman terbaik yang sony pernah keluarkan. Jika kita lihat pada tanda harga WM1Z ni memang agak mahal, persoalan nya..adakah berbaloi memiliki WM1Z pada tahun 2019?. Mari kita lihat dulu official spec yang dikeluarkan oleh pihak Sony.

Fungsi dan Specs

Ok di bawah ni, aku berikan spesifikasi ringkas untuk peranti Sony WM1Z Walkman® Signature Series.

Available colours : Gold
Chassis : Gold-plated Oxygen-Free Copper Chassis (Purity 99.96%)
Internal memory : 256GB
External memory : microSD
Display size/ Resolution : 4.0 inch、TFT colour LCD、FWVGA(854×480)
Compatible formats Music:MP3/WMA)/FLAC/LINEAR PCM / AAC / HE-ACC / APPLE LOSSLESS / AIFF / DSD
Audio Output : 4.4mm Balanced Standard Jack, 3.5mm Stereo Mini Jack
Internal Wiring : 4-wire Braided Cable Engineered with KIMBER KABLE®
Sound Register : Fine Sound Register
Output Power(JEITA 16Ω/mW) : Balanced standard-jack: 250mW+250mW , Stereo mini-jack: 60mW+60mW
Sound Settings Direct Source, 10band equaliser / tone control, DSEE HX, DC Phase Linearizer, Dynamic Normaliser
Battery life : Approx. 33hr (MP3 128kbps); 26 hr (FLAC 192kHz/24 bit); 15hr (DSD 2.8MHz/1bit); 11hr (DSD 11.2MHz/1bit)
Bluetooth Bluetooth® v 4.2 Profile: A2DP/AVRCP/OPP Codec: LDAC/SBC
NFC : Yes
Dimension : 72.9 × 124.2 × 19.9 mm
Weight : 455g

WM1Z juga boleh dijadikan USB DAC dan Bluetooth Wireless DAC sama seperti Model Walkman ZX series dan NW series. WM1Z hanya ada satu warna sahaja, iaitu warna emas dan internal memory hanya 256GB sahaja. WM1Z dilengkapi dengan Bluetooth 4.2, menyokong aptX, aptX HD dan LDAC codec (ditambah dalam fw 2.0), dan profil A2DP dan AVRCP.

Harga dan kat mana boleh beli
Ok, untuk harga Sony WM1Z Walkman® Signature Series memang agak keras. Pihak Sony telah meletak kan tanda harga RM11,999.00 pada awal kemunculan WM1Z, dan pada tahun 2019 harga peranti ni tetap sama. Dekat mana korang boleh cuba atau dapatkan?, korang boleh pergi ke Sony Centre KLCC, iOi Mall Putrajaya, dan juga Stars Picker Audio Library.

Tone bunyi
Ok, untuk test tone bunyi dekat WM1Z aku memang gunakan Mode pertama (default mode), adalah Direct Source. Dekat mode ni aku boleh kata sound memang sangat clean dan agak warm. Detail dekat mode ni memang sangat-sangat jelas tambahan masa aku menguji WM1Z, aku menggunakan IEM ( In Ear Monitor) Tenhz P4 Pro dengan cable balanced 4.4 Hiby.

Yang menarik dekat WM1Z ni adalah fungsi Vinyl Processor dimana pihak Sony mengeluarkan kenyataan “Vinyl Processor “recreates the warm, rich playback of a record on a turntable”.” Sebaik sahaja korang pergi ke skrin untuk effect ini, korang akan melihat imej turntable dan menu drop-down dengan 4 jenis effect, Standard, Arm Resonance, Turntable Resonance, and Surface Noise. Disini aku mengaku, aku memang tak mempunyai pengalaman dengan turntables, jadi aku tak pasti adakah Vinyl processor effect dari WM1Z ini sama bunyi yang dihasilkan dengan turntable yang sebenar . Apa yang aku boleh kongsikan pengalaman aku menggunakan 4 jenis effect ni, memang seronok kerana, 4 jenis effect dari Vinyl Processor ini memang menghasilkan tone bunyi yang lain dan relax pada aku. 

Untuk Siapa?
Dengan tanda harga RM11,999.00, untuk siapa peranti ini?, ya sudah tentu untuk high end user, peminat tegar Sony (SonyFag) yang mana ingin kan signature sound dari sony, dan juga Pembenci Fiio,iBasso, Hiby  dan juga Astell & Kern.

Packaging
Untuk packaging aku tak dapat nak kongsikan apa-apa kali ni, ini kerana aku dapat unit WM1Z ni adalah unit terpakai. So aku hanya boleh bagi korang tonton Unboxing video dari channel Sonyvores .

Di Bawah aku serta kan gambar unit WM1Z yang aku guna untuk review kali ni.

 

Ulasan dan Bintang
Ulasan penutup aku memang simple, ada duit lebih beli kalau tak dak duit jangan la korang buat gila beli terus dan nasihat aku kalau betul- betul berminat dengan Sony WM1Z ni, audition la dulu dekat sony centre bawak sd card dimana ada lagu kegemaran korang untuk uji pandu DAP dari Sony ni. Berapa bintang aku bagi? CONFIRM 5 Bintang!. Terima kasih sebab sudi baca review aku kali ni, Assalammualaikum.

5 out of 5 stars (5 / 5)

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta