Pada awal tahun 2019, AudioMonsta telah mengadakan sebuah TTS (teh tarik session) bertempat di sebuah restoran Starbucks dalam kawasan Cheras. Ramai juga yang hadir pada masa tu, yang tak pernah jumpa pun ada, datang tengok banyak earphone atas meja je dia dah tahu ni mesti brother-brother AudioMonsta, dan diorg terus je duduk semeja.
Masa tu macam-macam portable headfi devices yang ada, antara yang saya tak dapat lupa adalah tube amp Little Bear B4-X yang dibawa oleh Tengku Azmawee. Keduanya adalah sebuah kotak amp kecil berwarna silver yang dibawa oleh seorang otai yang femes dengan nama panggilannya iaitu ‘Tok Putih’.
Kat tangan saya pada masa itu memang tak lepas memegang dap Astell & Kern milik saya untuk di ‘pair’ kan dengan portable amp dari lain-lain orang. Bak kata orang, menggenggam bara biar menjadi debu, jadi dengan tidak malunya saya meminta untuk mencuba kotak amp kecil tok putih tersebut untuk pair dengan Ak240 saya.
Seperti diberi nafas baru, music player usang AK240 saya berjaya mengeluarkan berbunyi seperti sebuah dap yang lebih bagus apabila menggunakan Line Out 3.5mm to 3.5mm Line In pada kotak amp silver milik tok putih. Saya pun apa lagi terus menerjah tok putih untuk mengetahui info lanjut tentang amp tersebut. Katanya amp itu hasil dari kombinasi custom made dari tangan nya sendiri ATAU direka oleh Stoner Acoustic (mungkin Stoner Acoustic UD125). Saya sendiri tak ingat apa jawapan tok putih pada masa itu, akan tetapi inilah titik permulaan pada saya yang newbie ini berkenalan dengan sebuah headfi branding Made in Malaysia iaitu Stoner Acoustics.
Sejak pada itu saya telah mengikuti perkembangan semasa syarikat ini dan juga berjaya memiliki sebuah portable dac-amp rekaan terbaru (2019) iaitu UD130. Terima kasih kepada owner Stoner Acoustics iaitu Mr. Ooi Tze Yang yang bermurah hati untuk meminjamkan sebuah unit Stoner Acoustics UDX kepada AudioMonsta untuk diberikan sepatah dua kata.
Packaging
Unit yang saya terima ini datang bersama sebuah Carrying Pouch berzip berwarna hitam dengan tempat pemegang yang selesa dan sesuai untuk digunakan untuk tujuan portable dan travel. Dalam beg pouch ini terdapat 3 benda iaitu :
- UDX Dac
- USB 2.0 Cable
- Mean Well GS18U05-P1J High Performance 5V DC Adapter (Input 100-240V, Output 5V 3.00A)
Fungsi & Spesifikasi lengkap
UDX adalah sebuah balanced D/A converter dalam siri class reference yang menggunakan sebuah cip AKM AK4497EQ sebagai jantung pada pcb yang direka begitu cantik dan bersih oleh Stoner Acoustics. Fungsi UDX ini adalah untuk dijadikan dac / sound device / soundcard kepada music player anda tak kira di laptop, pc ataupun smartphone.
Compact, simple and robust. Dengan menghasilkan sebuah design yang bersih dan minimal, Stoner Acoustics percaya bahawa sebuah dac yang bagus adalah sebuah dac yang tidak mempunyai features yang berlebihan salah satu contohnya adalah led screen. Lihat sahaja pcb yang dihasilkan, macam tak percaya ini adalah sebuah balanced dac betul tak?
Panel Hadapan
Terdapat 3 butang iaitu A, B dan C berada di bahagian hadapan. A dan B berfungsi sebagai volume control manakala C adalah butang dua fungsi untuk menukar mode atau menukar digital filter. Tekan sekali untuk menukar digital filter kepada 7 profile yang berlainan atau hold butang C untuk menukar kepada pre-amp atau Line Out mode.
Volume control yang ditekan oleh butang A dan B akan berubah dengan nilai 0.5dB untuk setiap langkah. Ianya akan mengambil sedikit masa untuk mendapatkan volume yang anda inginkan, walaubagaimanapun ini adalah salah satu cara yang paling effective untuk kita dapatkan volume yang paling precise. Dalam Line Out mode, volume button tidak lagi berfungsi kerana ianya telah di bypass menjadikan UDX adalah sebuah stand-alone dac.
Berdasarkan manual book yang disediakan di website, untuk mendapatkan the best performance, UDX haruslah berada di dalam mode pre-amp dan headphone amp haruskan berada pada full volume supaya kita dapat mengawal volume bunyi di butang A dan B pada UDX. Akan tetapi, saya merasakan tiada perbezaan sonic yang ketara apabila menggunakan volume control pada UDX berbanding di headphone amp dan saya juga lebih selesa menggunakan volume control pada headphone amp. Dua lampu LED di panel hadapan adalah untuk Mode dan Filter.
Berikut adalah digital filter yang terdapat pada UDX :
1. Sharp Roll-off
2. Slow Roll-off
3. Short Delay Sharp Roll-off
4. Short Delay Slow Roll-off
5. Super Slow Roll-off
6. Super Extra Slow Roll-off
7. Low Dispersion Shot
Kemungkinan besar headphone saya tidaklah berada pada kondisi yang optimum atau telinga saya masih belum mahir untuk mengulas tentang digital filter ini. Akan tetapi pada pengalaman saya, setelah berhari-hari saya menumpukan perhatian dengan menukar filter secara random, saya masih juga tidak mendengar apa-apa perubahan bunyi pada setiap filter.
Panel Belakang
Terdapat switch yang diberi label UAC (usb audio class) pada hujung kanan berfungsi untuk memilih connection UAC 1 atau UAC 2. Untuk menggunakan UAC 2, tuan-tuan harus mendownload driver yang boleh didapati di website Stoner Acoustics.
Berikut adalah perbezaan diantara kedua penyambung usb ini :
Jadi kalau saya nak guna sebagai audio device di foobar2000, saya akan memilih UAC2 berbanding UAC1 yang hanya menyokong sehingga 24bit sahaja dan tiada sokongan untuk DSD.
Usb yang digunakan adalah usb Type-B sebagai digital input. Jelasnya, hanya digital input sahaja yang ditawarkan pada UDX ini dan pada saya ini adalah pilihan yang paling tepat kerana ianya adalah salah satu input yang paling effective dan low noise seperti input yang lain.
Output :
UDX menyokong dua jenis outputs iaitu single ended RCA dan balanced output iaitu XLR Left dan Right.
Boleh ke cucuk earphone kat Stoner Acoustics UDX?
Tak boleh
Sebab apa?
Sebab dia takde tempat nak cucuk earphone (headphone output 3.5mm / 6.4mm)
Jadi macam mana nak dengar guna UDX ni?
Kena ada headphone amplifier kalau nak dengar guna headphone/earphone/iem ATAU menggunakan UDX sebagai dac kepada active speaker tuan-tuan.
Spesifikasi :
Savitech SA9227 USB Audio Processor
AKM AK4497EQ High Performance DAC
Fully Regulated Digital and Analog Sections
Texas Instruments OPA1611, OPA1612, OPA1632 Output Stage
Texas Instruments ISO1540, ISO7640 Digital Isolation
USB Audio Class 1.0 PCM 24 Bit/96KHz
USB Audio Class 2.0 PCM 32 Bit/384KHz, DSD-64/128/256, DoP-64/128
0.5 dB/Step Digital Attenuation
Select-able Digital filters (7 settings)
One Pair of RCA (SINGLE ENDED) and XLR (Balanced) Outputs
High Voltage Output 4Vrms (Balanced) 2Vrms (Single Ended) Line Output
THD(%): <0.001% 20Hz-20KHz
Harga dan kat mana boleh beli
Harga yang ditawarkan adalah USD330 ataupun RM1200.
Pembelian boleh dilakukan terus ke website dengan menekan link : STONER ACOUSTICS UDX
Tone bunyi & Persembahan bunyi
Saya mendengarkan UDX ini dengan menggunakan 2 amp iaitu Schiit LYR dan iFi Zen Can, kedua-duanya melalui rca single ended (2Vrms).
Oleh kerana UDX ini hanya memberikan 2Vrms output pada single ended, ini adalah kali pertama Schiit LYR saya memerlukan hampir 80% volume untuk drive Hifiman HE560 V1. Untuk pengetahuan, HE560 adalah sangat terkenal dengan low sensitivity dan sememangnya ianya memerlukan output power yang sangat besar. Kalau cucuk HE560 kat 3.5mm smartphone, memang takde bunyi keluar. 😛 Apabila menggunakan iem pula, saya bertukar kepada iFi Zen Can dengan gain ditetapkan pada 6dB secara minimum. Again, dark background zero noise yang kedengaran walaupun hanya menggunakan iFi stock rca cable. Dac UDX ini sememang nya diciptakan untuk menjadi dac yang tak banyak bunyi (takde banyak masalah).
Saya telah mencuba untuk mengenalpasti perbezaan bunyi apabila menggunakan UDX dalam usb powered dan menggunakan power adapter yang disertakan. Namun, betul lah seperti yang diperkatakan bahawa komponen-komponen yang digunakan dalam UDX ini adalah yang terbaik, tiada perbezaan yang ketara boleh saya dengarkan. Tiada noise dan hissing yang kedengaran setiap kali saya cuba untuk play dan pause di Foobar, Tidal atau Roon.
Antara penyebab utama bunyi UDX ini sangat bersih dan low noise adalah komponen Texas Instrument iaitu ISO1540, ISO7640 Digital Isolation. Output komponen pula adalah OPA1611, OPA1612, OPA1632 juga dari Texas Instrument. Tidak lupa juga cip usb processor yang digunakan adalah di antara yang berada di dalam high end devices iaitu Savitech SA9227. Antara devices lain yang menggunakan cip yang sama ini adalah Monolith dan McIntosh.
Wah jadi ini lah resepi-resepi rahsia untuk menghasilkan magic dari UDX ?
Tapi macam mana bunyi dia?
Untuk quotes ayat paling famous dari Schiit, ‘It’s just a dac‘.
Walaupun hanya memproses digital data, bagi saya output yang dikeluarkan oleh sesebuah dac itu sangatlah berlainan oleh kerana implimentasi yang digunakan adalah tidak sama. UDX ini mempunyai tona bunyi yang sangat neutral tanpa sebarang penambahan perisa. Neutral dari hujung ke pangkal. Utara ke selatan, left to right. Cuma ada sedikit emphasis di bahagian treble seperti mana yang kedengaran pada UD130 kesayangan saya. Mungkin ini adalah house sound dari Stoner Acoustics.
Apabila menggunakan Audeze LCD-X yang neutral sounding, hampir langsung tiada fun sounding yang kedengaran jika tanpa sebarang eq. Bass secara jelas adalah sangat tight dan solid, memberikan impact yang cukup untuk setiap notasi. Kick drum dalam intro The Chain by Feetwood Mac berbunyi dengan sangat jelas dan tepat dibelakang lakaran bunyi dua biji guitar iaitu guitar overdrive dan guitar clean. Dalam track ini juga sebelum minit ke 3:00, terdapat sebuah fill in sebelum guitar solo dan UDX dapat memberi lakaran sebuah dynamic secara cresendo pada transition music dalam part ini dengan jelas.
https://tidal.com/browse/track/68714466
Akan tetapi pada pendapat saya, dac ini sangat sesuai untuk dijadikan source untuk headphone yang rolled off treble seperti di Audeze LCD-X, kerana UDX telah menambah sparkles dan sedikit sebanyak memanjangkan treble extension pada LCD-X. Oleh kerana satu bunyi itu tidak kena dengan headphone tuan, tak bermaksud bunyi itu tak boleh sedapkan headphone orang lain. hehehehe
Antara highlight yang saya nak kongsikan adalah bagaimana UDX berjaya membuat saya terpesona dengan instrument seperation dan imaging yang diterjemah oleh dac buatan Malaysia ini. Contoh dalam track Lucky Star by Robin Thicke, vocal kedengaran berada tepat dihadapan dengan kedudukan instrument kiri dan kanan ibarat datang dari sebuah hifi system yang bagus. Nyanyian lembut dan romantis vocalist ini di sambut oleh trumpet solo di pertengahan lagu dengan kedudukan yang berada di belakang kepala pendengar betul-betul menyakinkan saya seperti berada di alam yang lain.
https://tidal.com/browse/track/168496849
Untuk track yang sibuk pula saya mencuba sebuah lagu pilihan saya dalam the latest album from Slipknot iaitu Unsainted. Fast, busy dan loud tidak menjadi halangan untuk UDX memberikan sebuah lakaran instrument seperation dan layering yang bagus. Jelas layering di antara instrument dan bunyi synth dalam lagu ini berjaya membuat leher saya sakit akibat head-banging sorang-sorang dalam bilik.
https://tidal.com/browse/track/109254415
Walaubagaimanapun, tak fun bukan bermaksud tak sedap. Antara sebab penting untuk memiliki sebuah pure dac yang flat and neutral sounding seperti UDX adalah untuk mengenalpasti dan memberikan source yang clean untuk test keupayaan headphone amplifier kita sendiri. Oleh itu, pemilihan dac yang sesuai dengan headphone amp kita amatlah penting.
Perbandingan
Side by side dengan iFI Zen Dac (fixed) dan Topping D10, jelas sekali UDX adalah yang paling flat sounding dac di antara semua. Antara yang boleh saya nyatakan kat sini adalah tona bunyi antara ketiga-tiga dac ini adalah berlainan.
iFi Zen Dac : Warmer detailed and tubey sound. More focus sound and analytical. (v5.3C)
Topping D10 : Brighter musical and fun sounding. Sentiasa buat saya tap my kaki with the tempo every time.
Stoner Acoustics : Low noise, clean and clear. Pure and accurate. Best sounding berbanding kedua-dua iFi dan Topping.
Untuk Siapa?
Stoner Acoustics UDX adalah sangat sesuai untuk seseorang purist yang memerlukan dac menggunakan usb input dan mempunyai XLR / RCA output. Jangan lupa, dac ini menawarkan balanced output yang boleh digunakan bersama-sama xlr balance headphone amp tak kira yang entry level atau pun yang high end. Tak kira sama ada untuk pair dengan speaker, headphone amp ataupun pre-amplifier, saya pasti UDX akan menjadi sebuah dac yang tak perlu ditukar ganti lagi. Once it’s in your system, you will definitely forget about it coz it sounds good 🙂
Ulasan dan Bintang
Pada saya yang baru dalam dunia audiophile dan headfi ini, saya amat bersyukur kerana diberi peluang untuk mencuba sebuah hidden gems yang tersembunyi di belakang nama-nama besar yang dijual di Malaysia. Setiap kali saya mendengarkan UDX, satu perasaan bangga yang dapat saya rasakan dan sukar untuk saya gambarkan. Sejak 2019 lagi saya menggunakan UD130 sebagai dac utama untuk speaker Harman Kardon di workstation saya yang tak seberapa ini.
Dengan harga yang murah, komponen yang high end, size yang bersesuaian dan design yang minimalis ini, saya merasakan ini adalah sebuah rekaan yang paling tepat untuk sebuah D/A converter. As a result, saya memberikan 5 bintang untuk dac yang tak banyak bunyi ini.
Produk dari Stoner Acoustics harus diberikan penghargaan yang sepatutnya supaya product yang baik ini diberi lebih perhatian dan para peminat headfi boleh sendiri membuat perbandingan antara branding Malaysia dengan mainstream brands. Secara jujurnya saya tidak sabar untuk menunggu product baru dari Stoner Acoustics pada masa hadapan yang saya pasti hasil tangan profesional dari Mr. Ooi Tze Yang ini tidak akan menghampakan peminat audiophile nya di seluruh dunia.
(5 / 5)