Perkhidmatan streaming muzik Tidal membawa Dolby Atmos Music ke home cinema setup dirumah, yang membolehkan peminat muzik merasai pada TV, AVR dan sound bar yang serasi dengan Dolby Atmos menikmati format suara 3D di rumah.
Sehingga kini, Dolby Atmos Music hanya boleh digunakan pada Amazon’s Echo Studio speaker dengan servis Amazon HD. Tetapi dengan kebolehan yang disediakan oleh setup full surround sound menggunakan speaker yang berasingan untuk saluran depan, belakang dan overhead, peminat muzik boleh merasai Dolby Atmos Music. Setup Dolby Atmos yang sedia ada selalunya adalah pada tahap optimum.
Kini Tidal juga telah meyediakan pilihan ini. Dan ini memberi banyak kelebihan dalam muzik terutamanya “mixed to surround” dan juga pendengar boleh merasai pengalaman “3D space” bagi mereka yang mempunyai perkakasan yang serasi dengan Atmos seperti AV receiver, sound bar dan TV yang disambungkan ke peranti penstriman.
Menurut sumber terkini, berikut adalah peranti penstriman yang serasi :
- Apple TV 4K (running tvOS 13 keatas)
- Fire TV (Fire TV Stick 4K, Fire TV Stick 2016, Fire TV Gen 3 2017, Fire TV Cube 1st Gen atau 2nd Gen)
- Nvidia Shield TV and Shield TV Pro (2019 dan model baru)
Berikut pula adalah senarai TV yang menyokong Dolby Atmos Music :
- Philips – OLED (semua), Philips LCD: 8804, 7504, 7304 “The One”, 6814, 6704, 6754
- Sony – A9G, AG9, Z9G XG95, X850G
Untuk keterangan lanjut tentang Dolby Atmos Music, anda boleh rujuk video dibawah dari AVForums.