Tips | Model fon pintar terpakai yang mempunyai kualiti audio yang bagus

Fon pintar pada masa kini bukan lagi hanya fon semata-mata, rata-rata pengguna masa kini menjadikan fon pintar mereka sebagai pemain media mudah alih.

Untuk mencari sesebuah fon pintar terpakai dan murah yang mempunyai audio kualiti bagus pada masa kini agak mudah berbanding dahulu. Antara model fon pintar terpakai yang mempunyai kualiti audio yang bagus adalah seperti berikut :

  • LG G series dan V series | fon pintar LG terkenal dengan Hi-Fi quad DAC mereka, dimana mereka menggunakan cip dari ess technolgy dan diselaraskan dengan Meridian Audio.
    Fon pintar LG juga diiktiraf oleh MQA . Info tambahan : Jenama fon pintar yang mendapat pengiktirafan dari MQA adalah jenama LG dan juga Essential phone. (https://www.mqa.co.uk/playback-devices). Ia juga menyokong kualiti fail audio sehingga 24bit/192khz dan rakaman audio 24bit/48khz.
  • Samsung Galaxy S8 dan Note 9 keatas | Model fon pintar dari Samsung ini menyokong kualiti fail audio sehingga 32-bit/384khz audio.
  • Sony Xperia series | Sony memang terkenal dengan produk audio yang bagus, kualiti audio yang ada pada fon pintar mereka memang sangat memuaskan. Ia juga menyokong kualiti fail audio sehingga 24bit/192khz.
  • HTC 10,U11 dan U11+ | HTC terkenal dengan fitur Boomsound mereka, Boomsound mula diperkenalkan pada model HTC M7 dan pihak HTC telah menukar nama fitur ini kepada Boomsound Hi-fi edition pada model HTC 10 ke atas. Ia juga menyokong kualiti fail audio sehingga 24bit/192khz.

Untuk pengguna yang baru berjinak dalam dunia audiophile, dan tidak mempunyai bajet yang tinggi untuk membeli DAP yang bagus, anda boleh saja mencuba model fon pintar seperti LG G7/G8, V30/V40, Sony Xperia XZ1,XZ2,XZ3 dan juga Samsung Galaxy S8/S9/Note 8/Note 9. Harga model-model ini pada ketika ini jauh lebih murah daripada harga DAP sedia ada tambahan pula ianya fon pintar bukan DAP semata-mata.

Dengan lambakan IEM dan TWS dari Tanah Besar China yang murah pada masa kini, ia membolehkan anda untuk merasai kualiti audio yang bagus dan berkualiti tinggi. Untuk mendengar lagu-lagu yang berkualiti tinggi sudah semestinya anda perlu melanggan aplikasi seperti Tidal,Deezer,Qobuz dan juga Apple Music. Jikalau anda mempunyai koleksi CD lagu, anda juga boleh ‘rip’ koleksi CD lagu anda ke fail flac dengan menggunakan aplikasi converter. Salah satu aplikasi yang terkenal ialah DBpoweramp.

Diharap tips ini sedikit sebanyak dapat membantu kalian. Terima kasih kerana sudi membaca penulisan yang tidak seberapa ini. Jangan lupa ikuti laman sosial rasmi kami :

Twitter – https://twitter.com/audio_monsta
Facebook – https://web.facebook.com/audiomonsta
Instagram – https://www.instagram.com/audiomonsta
Youtube – https://www.youtube.com/channel/UC1yw9TvrpMPBtWUNF9yXGNA

 

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta