ULASAN – BLON BL-05 Master of Clarity (SPONSORED BY HILLAUDIO)

BELIEF

LETMUSICBURN

OPPOTY

NEVERGIVEUP

Saya rasa semua kita dah cukup kenal dengan nama BLON. The very first blon saya cuba adalah BLON T1 yang menggunakan microdriver dalam design bullet type iem with non detachable cable. Diperbuat dari kayu dan packaging dia sangat cun siap dengan Brand Pouch (with logo) dan banyak aksesori. Dan awal tahun lepas kita semua di kejutkan dengan review yang melambong-lambong oleh BGGAR untuk Blon BL03. Habis 1 dunia headfi semua try dengar Blon BL03 dan bersepah-sepah kelainan pendapat, saya rasa mungkin sebab QC yang tak bagus jadi ada orang dapat unit baik dan ada yang dapat unit yang kurang baik.

Blon T1
Ulasan Penuh BLON-T1
Ulasan Penuh BLON BL 03

 

BLON BL-05

Kali ini saya nak story bukan pasal BLON T1, bukan pasal BLON BL-03, tapi the latest blon yang telah dibekalkan oleh Hill Audio. Menggunakan single dynamic driver bersize 10mm dan material yang dipilih adalah 2nd Generation 10mm CNT (carbon nanotube) diaphragm. Antara IEMs yang lain menggunakan driver sama termasuklah HillAudio GT2, Moondrop Starfield, Tin Hifi T4 dan lain-lain. Banyak feedback dan review blon 05 yang mixed saya baca di internet hingga ke hari ini. Jadi biar saya sendiri coretkan apa pula pendapat saya dengan hasil terjemahan bunyi BL-05.

ps: ini semua tulisan hasil apa yang telinga saya dengar, anda BERHAK untuk TIDAK BERSETUJU 

Packaging

Dalam kotak ada :

  1. BLON BL05 Head Unit Left dan Right
  2. Cable 3.5mm 1.2meter 2Pin Connection
  3. Pouch kain yang ada logo
  4. Wide bore silicone eartips x 4pair
  5. Narrow bore solicon eartips x 1pair
  6. User Manual (supaya kita tahu kat mana nak cucuk kat mana nak cabut 😀 )

BLON BL05 IMAGE BLON BL05 IMAGE BLON BL05 IMAGE

Keselesaan & Rekabentuk

Body earphone ni design dia cantik, nak macam steampunk tak steampunk saya pun tak pasti design dia. Dia guna material stainless steel, sebab tu boleh tahan berat dia dan besi ni kalau kita langgar kan antara kiri dan kanan bunyi dia macam besi padat yang berlanggar, dan shell dia lebih solid dan mampat dari body KBEAR KB04. Design iem macam ni selalunya memang tak akan ada fatigue langsung (ikut jenis telinga). Placing iem ni duduk kt luar telinga sangat selesa dan fit, nak headbanging pun saya rasa tak jatuh sebab memang sangat-sangat fit macam kebanyakkan design WESTONE iems.

“The housing itself is produced in a gunmetal stainless steel housing that is durable and safe for the skin.”

Harga dan kat mana boleh beli

BLON BL05 adalah sebuah iem yang berada dalam family price below USD50. Di dalam Malaysia contohnya di kedai Hill Audio menjual dengan harga bawah RM200 dan harga dia akan berubah jika ada promosi dari Hill Audio. Hill Audio adalah Authorised local reseller untuk brand BLON. Dapatkan local warranty selama 6 bulan. (T&C)

Pembelian online di HillAudio boleh klik link ni : BLON BL-05 HILL AUDIO

Macam mana dia punya soundstage

“Carved Acoustic Chamber”

Blon claim depa design interior chamber dia seakan-akan orchestra hall. Disebabkan kali ni depa menggunakan CNT driver, jadi depa perlukan masa yang lama untuk betul-betul finalized interior chamber dia yang secara accurate nya dapat membuatkan kita dengar macam berada dalam orchestra hall. Setahun guys blon audio engineering team buat rendering untuk design chamber dia ni. Pada telinga saya pula, memang soundstage dia sangat wide dan memang dengar macam natural punya sound. Lubang-lubang angin yang depa tebuk kat chamber dia ni memang betul ngam dengan CNT driver yang baru depa ni, bukan senang-senang depa ambil ja design yang lama. Driver baru, design lubang angin pun kena baru. Untuk lagu Empire State of Mind (Part II) Broken Down by Alicia Keys, sustain bass notes pada minit 2:00 tu memang rasa luas yang amat. Tapi dia tak luas over macam kita pakai earbuds, dia masih rasa luas ibarat semua musician berada di depan kita dari jarak jauh (macam depan stage).

Soundstage dalam satu perkataan : LUAS

Untuk lagu Everything I Need, memang rasa staging yang besar dan unlimited kat BL05

Macam mana dia punya bass (Low)

Untuk sepasang dynamic driver, saya rasa dia ada sikit kekurangan body pada midbass. Sub bass tu ada tapi macam shy shy sikit, hanya cukup untuk kita rasa dengan amount yang sedikit. Tapi bila saya guna source CALYX Pat DAC, saya dengar bass dia macam bertambah rumbling sikit kat sub. Jadi saya merumuskan bahawa bass dia ni akan berubah mengikut source dan amp. Lows kat BLON BL05 ni bagi saya sangat laidback, bayangkan tengah tengok live performance onstage tapi bass depa slowkan volume sikit.  Saya cuba dengar lagu BudakFlat by Aman RA, kegemaran DAOH BOOTER (bukan nama sebenar) iaitu seorang bassheader yang paling femes di Malaysia. Speed untuk bass dia tak laju dan tak juga terlalu perlahan. Saya cuma dengar midbass je yang kuat, sub dia betul-betul segan macam balok liat, cukup hanya untuk a good slam bass dan sedikit rumbling subbass. Jadi kepada DAOH dan para basshead sekalian, ini bukan mainan anda. Overall bass kat sini ada clarity yang bagus, decay yang slow dan subbass yang malu-malu.

Bass dalam satu perkataan : Gentle

No photo description available.

Macam mana dia punya vokal (Mid)

Vocal dia kita akan dengar mcm org tu nyanyi belakang kita bisik tepi telinga, tapi mengadap depan. Ha confuse tak? Itu la yang pelik nya. Saya rasa midrange dia ni memang off-timbre lah. Permulaan upper midrange dia ada rasa yang terlalu harsh dan ini dia la yang ramai orang duk complain cakap ada shouty tu. pernah tengok satu gambar yang cengkerik kena dera torture letak headphone tepi telinga dia tak? Boleh bayang tak dia dengar macam mana? Mai cuba dengar Blon BL05 dan buka volume kuat. Ha itu la jenis penderaan yang sesuai untuk kita bagi kat cengkerik tu. Saya suka midrange yang warm dan clean contohnya pada Hill Audio GT2, ini adalah sebuah presentation yang contra pada yang saya nak. Tajam dan terlalu aggressive, memang dapat provide lebih details di midrange tapi dia akan buatkan sound tu macam jadi nipis dan ntah la saya tak ada perkataan yang sesuai sebab memang tak appealing langsung kat telinga saya. Contoh lagu Duel of The Fates by John WIlliams (London Symphony Orchestra), bunyi trombone dan choir tu memang tak menyenangkan telinga saya. KECUALI, kalau saya nak dengar guna setup midrange yang macam ni, saya kena buka volume yang slow je dalam 30dB. Compare to BLON BL03, midrange kat BL03 lebih selesa dan sangat ngam, sebab tu ramai orang suka. Secara teknikalnya, midrange dia ni dah lari pada point yang asal, tuan-tuan kena guna source yang betul-betul warm untuk tame sikit upper midrange dia.

Mid dalam satu perkataan : Harsh

Mid dalam dua perkataan : Too Harsh

Mid dalam tiga perkataan : Very Much HARSH

Macam mana dia punya treble (High)

Treble kat BL05 lebih baik pada BL03 dari segi clarity dan detail. Antara benda yang saya akan rindu kat BL05 ini adalah highs dia yang clear dan mempunyai extension yang baik. Highs frequency yang sangat airy dan luas macam ni bagi saya dah sangat selesa dan perfect. Dia punya roll-off sebelum 16kHz tu memang betul-betul improvement untuk extension treble yang penuh energy ini. Takda peak dan hot treble yang saya dengar kat iem ni. (please take note saya dengar iem ni dengan source yang warm dan volume below 50dB sahaja). Tuan-tuan kalau nak cari iem yang highs dia cun? Boleh cuba kat iem ni.

Highs dalam satu perkataan : Energetic

Image may contain: jewellery

Kedudukan Instruments sekeliling (Separation)

Terima kasih pada treble yang cantik dan chamber acoustic yang padu dari team BLON, saya sangat-sangat suka instrument seperation dia. Tapi apa yang telinga saya dengaq, seperation dia kadang-kadang ada off dan sedikit unnatural. Seperation dia rasa macam saya dengar kat Tin P1, sat ada kt sana sat ada kat sini macam melambung-lambung. Pin point instrument kat BL05 ni baik, cuma dia bukan accuracy yang cun dan tepat. Mungkin sebab BLON nak buat macam kita tengah tengok depan stage dalam hall kan jadi sound dia macam berpusing atas kepala kita. Imagine dia memang berlapis-lapis kita boleh rasa. Dengar track The Beatles pun rasa macam depa duk kat sekeliling kita. Mungkin ini lah sebabnya orang ramai cakap depa suka kat iem ni, kan ramai orang suka dengar 8D SOUND kat youtube tu? Ha macam tu la bunyi dia. Saya kurang sikit sebab rasa macam tak asli dan pure.

Seperation dalam satu perkataan : Baik

Tone bunyi

BLON BL05 ni sound dia lebih terang sikit dari BL03. Cahaya dia jauh dari dark. Terang, jelas dan natural berbanding BL03 yang memang bagi saya betul-betul bassy dan warm. Saya rasa okay juga BLON buat macam ni at least kita boleh pilih nak warm ke nak natural bright sikit bergantung pada personal preference kita.

Tone dalam satu perkataan : Natural

Untuk macam lagu di atas ni BLON BL05 dapat deliver semua frekuensi dengan sweet dan perfect sekali walau volume 50dB

Perbandingan

BLON 03 VS BLON 05

Kalau ikut graph kat bawah ni, kedua-dua blon ni mempunyai corak yang sama. BL05 sepatutnya mempunyai bass yang “cukup” berbanding BL03. Bagi telinga saya, pilihan antara dua ni adalah BL03 untuk my music preference dan BL05 kalau saya nak dengar mids dan highs yang lebih kritikal. Saya pilih BL03 sebab sound dia lebih bassy dan tiada mids yang menjerit. BL03 boleh buat sebagai daily driver dengan volume yang lebih dari 50dB dan BL05 pula adalah sebaliknya.

93934364_10157881879024792_8328761895632764928_o image image

Untuk Siapa?

BLON BL05 sesuai untuk siapa yang nak memiliki sebuah CNT diaphragm dynamic driver dan siapa-siapa yang dengar lagu dengan volume yang slow. Pada tuan-tuan yang nak sound jelas sejelas yang mungkin dengan clairty di tahap maksima, BL05 adalah untuk anda. Be careful jangan buka high volume, telinga saya dah sakit ni, dengar kick drum pun dah sakit telinga kalau volume kuat.

Ulasan dan Bintang

Ramai yang letak harapan tinggi untuk BLON, masa BL05 keluar dulu masing-masing semua nak jadi yang first untuk dengar sound dia. Bagi saya, result akan jadi lebih baik kalau BL05 ni mempunyai tonality yang sama dengan BL03 dan highs yang clear macam kat BL05 sekarang. Untuk telinga saya, BL05 memang tak boleh ngam. Maximum saya dengar pun dalam 4 5 lagu je. Sebagai IEM yang menggunakan CNT diaphragm, BL05 telah berjaya mencantas Tin T4 dengan memberikan clarity dan detail yang lebih dengan harga yang lebih murah. Memang terbaik lah BLON. Disebabkan saya tak boleh ngam dengan harshness dia, dan cuma boleh dengar volume below 50dB sahaja, belas kasihan saya hanya mampu berikan 3.5 bintang sahaja.

3.5 out of 5 stars (3.5 / 5)

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta