Ulasan – Sony D100 Linear PCM Recorder

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kali ni aku akan memberi sedikit ulasan untuk Sony PCM-D100. D100 pada aku agak unik dan reka bentuknya agak Old School dan sangat simple untuk dikendalikan.

Fungsi dan Spec
Berikut adalah spesifikasi Sony Linear PCM Recorder PCM-D100.

Size and Weight :

DIMENSIONS (W X H X D) : Approx 7,20 × 15,68 × 3,27 cm
WEIGHT : Approx 395g (including batteries)

General Features :

BUILT-IN MEMORY : 32 GB
BUILT-IN MICROPHONE : 15mm Electret condenser microphone in adjustable X-Y configuration
RECORDING FORMAT : DSD: 2.8224MHz; WAV: 192/176.4 (24bit), 96/88.2/48/44.1kHz (24/16bit); MP3: 320/128 kbps
PLAYBACK FORMAT : DSD (dsf, dff) , WAV, FLAC, MP3, WMA, AAC

Recording :

MAX. RECORDING TIME MP3 128KBPS : 477 hours
MAX. RECORDING TIME MP3 320KBPS : 190 hours
MAX. RECORDING TIME LPCM 44.1KHZ, 16BIT : 28 hours 50 minutes /43 hours 15 minutes
MAX. RECORDING TIME LPCM 96.1KHZ, 24BIT : 13 hours 15 minutes/19 hours 50minutes

PCM-D100 High Resolution Portable Stereo Recorder dari Sony mampu merakam audio dari mics stereo terbina dalam sehingga 192 kHz / 24-bit PCM, 2.8224 MHz DSD, atau 320 kbps fail MP3. Ia mempunyai memori dalaman 32 GB dan menyokong memori luaran melalui slot kad. Jenis kad yang compatible pada D100 ialah SDXC,SDHC, SD, Memory stick PRO Duo dan juga Memory stick PRO-HG Duo . MIC stereo PCM-D100 boleh disusun dalam kedudukan stereo 90 ° XY atau 120 °, bergantung kepada subjek yang direkodkan. PCM-100 juga boleh dijadikan portable audio player (DAP) dimana ianya menyokong format file DSD (dsf, dff) , WAV, FLAC, MP3, WMA, AAC dan juga dilengkapi dengan DSEE HX (Digital Sound Enhancement Engine). Jenis bateri yang digunakan pada D100 ialah 4x AA Alkaline bateri atau korang boleh jugak pakai bateri jenis AA NiMH (Rechargeable battery). Ketahanan bateri D100 memang memuaskan, ia bertahan sekitar 12 jam. Ini kerana UI (User Interface) di D100 memang mudah sama seperti Nokia 3310. Walaupun sizenya agak besar bila berada di tangan dan tiada features seperti mana yang ada di DAP lain, tetapi tone bunyi dari D100 memang mengagumkan.

Harga dan kat mana boleh beli
Korang boleh beli Sony PCM-D100 secara online di website Sony Malaysia dengan harga RM 2,755.00. Korang juga boleh terus ke Sony Store di KLCC dan IOI City Mall Putrajaya (ni yang aku tahu la di sekitar Selangor dan KL, HAHHAHAHAH).

Tone bunyi 
PCM-D100 juga boleh dijadikan portable audio player dan tone bunyi dari peranti ini akan buat korang tergamam. Tone bunyi D100 agak warm dan detailed pada aku. Untuk menguji tone bunyi D100 aku menggunakan Marshall Monitor dan lagu dari Rancid-Maxwell Murder.flac 24bit. Hasil dari kombinasi ini, bunyi Instrument yang agak detailed seperti aku menggunakan port balanced dan kedudukan vokal agak kebelakang sedikit. Bass pula tidak terlalu punchy dan memang membuat kan aku suka combo D100 dengan Marshall Monitor ini. Berbeza pula jika korang guna V shape sounding punya IEM atau headphones, kedudukan vokal akan menonjol dan ia menjadikan bunyi instrument sangat dinamik dan bass sangat punchy (PADU BAK HANG).

Untuk Siapa?
Sony PCM-D100 ini memang sesuai untuk semua. Itu saja yang aku boleh bagi tahu sebab sound dari D100 memang padu dan korang boleh rakam bunyi-bunyian alam semula jadi, lagu-lagu korang (untuk band boy) atau reporter yang mahukan kualiti rekording dalam format bentuk DSD.

Packaging
Disini aku sertakan gambar Sony PCM-D100 dan korang boleh lihat rekabentuk D100 ini memang unik dan Old school. Setiap pembelian Sony PCM-D100, korang akan dapat perisian Sound Forge Audio Studio LE untuk PC atau laptop (untuk windows 7 hingga windows 10 sahaja), USB cable, carrying case, AA Alkaline battery (4 biji) dan juga wireless remote control (receiver unit and transmitter unit).

Ulasan dan Bintang
Sony PCM-D100 sesuai untuk semua jenis muzik. Tak kira apa IEM atau headphones yang kita pakai kat D100, bunyi yang akan sampai memang akan jadi sedap dan merdu. Kelebihan Sony PCM-D100 ini ialah sound teramat sedap, bateri yang sangat tahan dan ada dua option antara alkaline bateri atau NiMH bateri (Rechargeable battery). Kekurangan Sony PCM-D100 pula hanya terlalu besar dan tebal.  Aku akhiri ulasan Sony PCM-D100 dengan 5 bintang.

5 out of 5 stars (5 / 5)

Total
0
Shares
Related Posts
AudioMonsta